Kes Zara Qairina: 5 remaja tertuduh tiba di Mahkamah Kanak-kanak pukul 8.25 pagi

KOTA KINABALU – Lima tertuduh dalam kes buli pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan akan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, pagi ini.

Lima remaja perempuan berusia bawah 18 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu kira-kira pada pukul 8.25 pagi.

Pendakwaan akan diteruskan mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2025).

Untuk rekod mengikut Seksyen 507C (1) memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut peruntukan itu, sesiapa sahaja dengan apa-apa cara menggunakan perkataan atau komunikasi berunsur ancaman, kesat atau menghina sehingga menyebabkan seseorang merasa diganggu, tertekan, takut atau bimbang, boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Related Posts

Belanjawan 2027: Fokus kepada memperkasa wanita, bela anak dan majukan pedalaman Sabah

KOTA KINABALU – Wanita PKR Sabah mahu Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat, memberi tumpuan lebih khusus kepada keperluan wanita, kebajikan dan pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 diharap tangani keperluan Sabah, tingkat keyakinan rakyat

TAWAU – Belanjawan 2027 diharap menjadi instrumen penting mempercepat pembangunan Sabah sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap komitmen Kerajaan MADANI dalam menangani keperluan Sabah. Ketua Cabang PKR Tawau, Fung Thin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NADI Inanam Sentral jadi pusat komuniti digital baharu di Parlimen Sepanggar

NADI Inanam Sentral jadi pusat komuniti digital baharu di Parlimen Sepanggar

13 lelaki ditahan dalam Ops Gempur Khas, positif dadah

  • By Fandi
  • October 8, 2026
13 lelaki ditahan dalam Ops Gempur Khas, positif dadah

Lelaki 40 tahun ada 10 rekod dadah ditahan, syabu dirampas

  • By Fandi
  • October 8, 2026
Lelaki 40 tahun ada 10 rekod dadah ditahan, syabu dirampas

Belanjawan 2027: Fokus kepada memperkasa wanita, bela anak dan majukan pedalaman Sabah

  • By Ithma
  • October 8, 2026
Belanjawan 2027: Fokus kepada memperkasa wanita, bela anak dan majukan pedalaman Sabah

Belanjawan 2027 diharap tangani keperluan Sabah, tingkat keyakinan rakyat

  • By Fatin
  • October 8, 2026
Belanjawan 2027 diharap tangani keperluan Sabah, tingkat keyakinan rakyat

Buaya tembaga 87kg ditembak mati

  • By Fatin
  • October 8, 2026
Buaya tembaga 87kg ditembak mati