Sindiket guna setem duti palsu edar 49,400 batang rokok

KANGAR – Taktik sindiket pengedaran rokok tidak berkastam di utara tanah air terbongkar apabila Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas sebanyak 49,400 batang rokok yang diselindung di sebalik setem duti palsu dalam dua operasi berasingan di Kuala Perlis dan Kepala Batas, Kedah, baru-baru ini.

Pengarah Kastam negeri, Ismail Hashim berkata, dalam serbuan pertama pada 6 Ogos lalu, pihaknya memeriksa sebuah kereta Proton Iswara yang ditinggalkan di tepi Jalan Kuala Sungai Baru, Kuala Perlis.

“Hasil pemeriksaan menemui 22,400 batang rokok pelbagai jenama disyaki tidak berkastam dengan nilai anggaran RM6,720 serta jumlah cukai sebanyak RM15,456.

“Turut disita ialah sebuah kereta yang digunakan untuk mengangkut rokok terbabit dan dianggarkan bernilai RM3,500,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, kes kedua pada 7 Ogos lalu membabitkan pemeriksaan ke atas sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Kepala Batas, Kedah yang dijadikan tempat transit penyimpanan rokok.

“Hasil operasi itu, pihak kami menemukan 27,000 batang rokok dengan nilai RM8,100 bersama jumlah cukai sebanyak RM18,630,” jelasnya.

Menurut Ismail, siasatan awal mendapati kedua-dua kes tersebut dipercayai dikendalikan oleh sindiket sama berdasarkan persamaan pada setem duti palsu yang digunakan.

“Malah, lelaki berusia 50-an yang ditahan dalam kes pertama turut mendakwa yakin setem yang diperoleh adalah tulen kerana ia menyerupai setem sah,” katanya.

Beliau menegaskan, tindakan sindiket itu bukan sahaja mengakibatkan kerugian hasil negara, malah membahayakan pengguna kerana membeli barangan haram tanpa mengetahui status kesahihannya.

Kedua-dua kes kini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) dan (e) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barang atau RM100,000, mana yang lebih besar, dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000, serta penjara sehingga lima tahun.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills