Inkues kematian Zara Qairina dijadual bermula 3 September

KOTA KINABALU – Prosiding inkues berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir dijadualkan bermula 3 September depan.

Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz selaku Koroner menetapkan tarikh itu ketika sebutan kes berkenan di sini pada Isnin.

Prosiding ditetapkan pada 3 hingga 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September dan 22 hingga 30 September oleh mahkamah.

Tarikh itu ditetapkan pada sebutan inkues yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) selaku pegawai pengendali yang diketuai Mohd Fairus Johari daripada AGC Putrajaya.

Ketika prosiding, Mohd Fairus memberitahu Mahkamah Koroner, seramai 195 saksi dikenal pasti dipanggil untuk inkues berkenaan namun angka tersebut mungkin akan dikurangkan.

Sementara itu, bercakap kepada media, peguam yang mewakili ibu Zara, Hamid Ismail berkata, pihaknya juga memohon untuk menjadi parti yang menyoal (interested party) bagi membantu pendakwaan.

Justeru, pihaknya akan membuat permohonan berkenaan pada minggu ini selain memohon agar semua dokumen yang ada pada Jabatan Peguam Negara yang dijadikan bukti dalam kes ini turut diberikan pada mereka.

“Masa ini status kami adalah ‘watching brief’ tetapi apabila permohonan diluluskan, status kami akan berubah kepada pihak ‘Interested party’.

“Kalau kami dibenarkan menjadi ‘Interested party’ maka kami boleh menyoal saksi-saksi yang ada,” ujarnya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak