AGC mohon inkues Zara Qairina dipercepat demi keadilan

MAHKAMAH Koroner Kota Kinabalu, Sabah menetapkan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, akan dijalankan esok, 18 Ogos.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu susulan permohonan yang dibuat oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, selaras dengan subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).

“Memandangkan kes ini adalah kes yang berkepentingan awam, jabatan ini akan memohon agar prosiding inkues dipercepat demi memastikan keadilan dapat ditegakkan, bukan sahaja kepada keluarga Allahyarham Zara Qairina, tetapi juga demi kepentingan masyarakat umum,” kata kenyataan itu.

AGC merujuk kepada kenyataan medianya bertarikh 13 Ogos mengenai keputusan untuk menjalankan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian Zara Qairina, termasuk mengenal pasti sama ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya.

Keputusan menjalankan inkues itu dibuat selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 12 Ogos.

Allahyarham Zara Qairina, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolah berkenaan pada pagi 16 Julai.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teo Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina Ibrahim dalam DAP Johor

Teo Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina Ibrahim dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri