Jalur Gemilang simbol kedaulatan, jangan ambil mudah – Rozabil

KANGAR – Kontroversi Jalur Gemilang dipasang secara terbalik tidak boleh dianggap remeh kerana ia melibatkan maruah dan kedaulatan negara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rozabil Abd. Rahman berkata, tindakan segera perlu diambil terhadap pelaku bagi mengelakkan isu itu terus dimanipulasi sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Jalur Gemilang ini bukan perkara kecil kerana ia lambang kebanggaan negara yang wajib dihormati. Kalau berlaku lagi, tindakan terus perlu dilaksanakan sebelum ia berlarutan sampai ke parti politik,” katanya ketika ditemui selepas program Santunan Desa Kemas Peringkat Negeri Perlis 2025 di Denai Larian Pangkalan Asam di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pergeseran antara Pemuda UMNO dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) berhubung tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Salleh mengetuai perarakan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 14 Ogos lalu.

DAPSY sebelum ini mengecam himpunan tersebut yang disifatkan provokatif serta menggesa supaya DAP memutuskan hubungan politik dengan Akmal atas alasan ia boleh melagakan masyarakat dan mengancam keharmonian kaum.

Mengulas lanjut, Rozabil menegaskan setiap rakyat mempunyai cara tersendiri dalam mempertahankan Jalur Gemilang, sama ada dengan pendekatan tegas atau berhemah.

“Setiap orang ada pendekatan berbeza, ada yang keras dan ada yang lembut. Namun apa yang penting, soal Jalur Gemilang kita tidak boleh ambil ringan kerana ini kebanggaan negara,” jelasnya.

Katanya lagi, meskipun Pemuda UMNO dilihat lantang membawa aspirasi sendiri, kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan di Perlis masih berjalan dengan baik.

“Oleh itu, kita minta agar sentimen panas seperti yang berlaku baru-baru ini dapat diredakan segera demi menjaga perpaduan,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017