Hanya 10 peratus pengguna internet Malaysia tidak guna AI

PUTRAJAYA – Hampir 90 peratus pengguna Internet di Malaysia menggunakan kecerdasan buatan (AI) setiap hari berbanding 75 peratus yang direkodkan pada 2024, menurut kajian Telenor Asia.

Berdasarkan laporan Digital Lives Decoded 2025: Building Trust in Malaysia’s AI future oleh Telenor Asia yang dikeluarkan semalam, bilangan pengguna AI yang memilih alat kewangan serta kesihatan dan kecergasan meningkat sekali ganda tahun ini.

Pengguna internet Malaysia menerima guna AI sebagai ‘alat yang amat berguna’ untuk produktiviti, pembelajaran dan kemudahan harian.

Kajian itu juga mendapati pada masa ini, satu perempat daripada pengguna internet Malaysia sengaja menggunakan alat AI beberapa kali sehari, menunjukkan perubahan tingkah laku ketara.

Kajian melibatkan 1,000 pengguna internet itu turut mendapati rakyat Malaysia celik digital, optimistik terhadap potensi AI namun sangat menyedari mengenai risiko, etika, keadilan dan kawalan.

Naib Presiden Kanan dan Ketua AI Telenor Group, Dr Ieva Martinkenaite memberitahu Bernama, pengguna mengharapkan sistem AI yang telus, inklusif dan berpusatkan manusia sebagai asas, bukan satu kemewahan.

“Bagi kalangan syarikat, hasil dapatan ini menunjukkan AI bertanggungjawab bukan lagi satu nilai jenama pilihan tetapi pembeza daya saing yang penting.

“Perniagaan perlu mengutamakan amalan data yang bertanggungjawab, melabur dalam penyediaan kemahiran tambahan untuk pekerja, dan menggalakkan persekitaran yang menjadikan perlindungan etika sebagai teras kepada inovasi berasaskan AI,” katanya dalam satu perbincangan panel mengenai laporan itu.

Menurut laporan itu, 51 peratus pengguna internet Malaysia kini menggunakan AI di tempat kerja, meningkat daripada 37 peratus pada 2024, dengan aplikasi AI utama di tempat kerja termasuk analitik (59 peratus), pembangunan kandungan (52 peratus) dan khidmat pelanggan (45 peratus).

Martinkenaite berkata, syarikat yang berpangkalan di Malaysia perlu membangunkan strategi AI yang telus, menetapkan rangka kerja AI yang bertanggungjawab, dan melabur dalam pendidikan untuk pekerja bagi memupuk kepercayaan dan memanfaatkan sepenuhnya potensi AI.

“AI yang bertanggungjawab bukan sekadar langkah pematuhan malah sebagai pembeza daya saing dan elemen teras untuk pertumbuhan yang mampan dan inklusif,” katanya.

Related Posts

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

BANGI – Tiada usul undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikemukakan setakat ini, menjelang Sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 5 Oktober depan. Yang di-Pertua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

PUTRAJAYA – Pemansuhan syarat minimum 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat yang mengendalikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) tidak semestinya menggugat masa depan pemilikan Bumiputera dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar