91,000 penjawat awam terima insentif sambung pengajian – PM

PENJAWAT awam yang mengambil inisiatif melanjutkan pelajaran menggunakan perbelanjaan sendiri akan menerima insentif kewangan berjumlah lebih RM75 juta, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, insentif itu akan memanfaatkan lebih 91,000 penjawat awam dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang menyambung pengajian di pelbagai peringkat.

Mengikut kadar yang ditetapkan, mereka yang menamatkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) akan menerima RM1,250, peringkat sarjana sebanyak RM1,000, ijazah sarjana muda RM750, manakala diploma atau setaraf sebanyak RM500.

Insentif kewangan yang dikenali sebagai Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) itu diberikan kepada penjawat awam yang memulakan dan menamatkan pengajian dengan kelayakan akademik lebih tinggi yang diiktiraf semasa dalam perkhidmatan, serta menggunakan perbelanjaan sendiri.

“Yang ambil inisiatif belajar sendiri, bayangkan belajar sendiri, elaun untuk isteri dikurangkan kerana nak bayar yuran pengajian, jadi kita bagilah sedikit tanda penghargaan walaupun bajet itu melibatkan RM75.7 juta.

“Ia akan memberi manfaat kepada 91,672 pegawai awam. Sekali dalam sepanjang perkhidmatan, ini sebagai tanda kita galakkan pegawai awam meningkatkan keupayaan mereka atas ikhtiar dan inisiatif sendiri.

“Bagi sarjana kedoktoran falsafah (PhD) sebanyak RM1,250, sarjana RM1,000, sarjana muda RM750, manakala diploma atau setaraf RM500,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok