ICL bakal tawar perkhidmatan kardialogi pertama di Pantai Timur Sabah

TAWAU – Pengoperasian Invasive Cardiac Laboratory (ICL) Hospital Tawau yang pertama di Pantai Timur Sabah bakal memberi manfaat kepada pesakit jantung untuk mendapatkan rawatan dengan lebih pantas dan berkesan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ICL itu bakal menjadi pusat rujukan (Eastern Referral) pertama di kawasan berkenaan memandangkan tiada perkhidmatan kardiologi sebelum ini.

“Ini adalah yang pertama dan kita telah pun mengenal pasti tempatnya, infrastrukturnya dan tendernya akan keluar sebulan hingga dua bulan.

“ICL akan menawarkan rawatan jantung termasuk angiogram, angioplasti dan prosedur berkaitan dengan sasaran masa yang jauh lebih cepat,” katanya kepada media selepas lawatan kerjanya di Hospital Tawau, pada Khamis.

Beliau berkata, sebelum ini, pesakit serangan jantung dan penyakit jantung kritikal di Pantai Timur Sabah perlu dirujuk ke pusat rawatan jauh seperti Kota Kinabalu mengakibatkan kelewatan rawatan dan peningkatan risiko komplikasi.

Oleh itu, prosedur jantung akan dibuat dalam tempoh kurang 90 minit selepas pesakit tiba, seperti disyorkan piawaian antarabangsa.

Pada lawatannya itu, Dzulkefly turut merasmikan Farmasi Pandu Ambil (Pharmacy Park and Take) yang memendekkan masa pengambilan ubat sekali gus meningkatkan produktiviti pesakit dan penjaga.

“Komitmen kami adalah untuk memastikan kebajikan pesakit terjaga dengan mengurangkan masa menunggu khususnya bagi warga emas supaya mereka tidak perlu beratur lama.

“Dengan temu janji yang teratur, mereka boleh terus mendapatkan preskripsi dan ubat-ubatan dalam hanya beberapa minit sahaja,” katanya.

Katanya, inisiatif ini memanfaatkan konsep ‘drive through’ untuk pengambilan ubat sesuai untuk pesakit kronik yang datang secara berkala, membuat tempahan awal dan hadir di laluan khas untuk pengambilan ubat.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu