ADUN Karamunting dorong golongan muda sambung pelajaran dalam sektor minyak dan gas

SANDAKAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zi, menggalakkan golongan muda mempertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian minyak dan gas yang sedang berkembang pesat di Sabah.

“Sektor ini mempunyai potensi besar dan menawarkan prospek kerjaya yang cerah serta ganjaran lumayan.

“Kita memerlukan generasi muda yang berilmu serta memiliki kemahiran strategik bagi membantu membangunkan Karamunting, rumah kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Insentif Pendidikan kepada 22 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dari kawasan Karamunting sebagai tanda penghargaan atas kejayaan mereka di sini pada Isnin.

Beliau berkata, insentif itu diberikan bagi mengiktiraf usaha dan dedikasi pelajar mencapai kecemerlangan akademik, selain menjadi galakan untuk terus berusaha pada peringkat lebih tinggi.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar cemerlang.

“Kejayaan ini adalah hasil usaha, disiplin dan sokongan keluarga serta guru,” katanya.

Related Posts

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan pandangan supaya hukuman khidmat masyarakat diperkasakan sebagai antara bentuk hukuman alternatif bagi kesalahan jenayah syariah. Bagaimanapun, baginda menegaskan pelaksanaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman seorang penjawat awam yang disyaki menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk bahan terlarang ke dalam penjara untuk kegunaan banduan. Perintah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ramalan Kian Ming pembakar semangat kepada calon PH – Fahmi

Ramalan Kian Ming pembakar semangat kepada calon PH – Fahmi

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

  • By Aden
  • July 28, 2026
Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang