DAP Sabah sokong penuh arahan gali semula kubur Zara Qairina

KOTA KINABALU – DAP Sabah memberi sokongan penuh terhadap langkah Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan siasatan berhubung kematian tragis Zara Qairina, termasuk melakukan penggalian semula kubur arwah bagi tujuan bedah siasat lebih menyeluruh.

Pengerusinya, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, tindakan itu penting bagi memastikan siasatan dijalankan secara teliti, menyeluruh dan berlandaskan prinsip ketelusan serta integriti.

“Rakyat berhak mengetahui kebenaran sebenar, dan keluarga mendiang layak mendapatkan jawapan yang jelas serta keadilan yang sewajarnya.

“Saya berdiri teguh bersama rakyat Sabah khususnya mereka yang dengan berani berhimpun dan berdemonstrasi di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan banyak lagi tempat lain untuk menunjukkan sokongan dan solidariti terhadap keluarga mendiang,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau turut berharap semua pihak memberi kerjasama penuh supaya siasatan dapat dijalankan berlandaskan fakta, selain menggesa hasil siasatan diumumkan segera bagi mengelakkan spekulasi tidak benar.

“DAP Sabah berdiri teguh bersama keluarga Zara Qairina, rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia dalam memastikan kebenaran dan keadilan dijunjung serta ditegakkan,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula