Peguam minta hentikan spekulasi liar, ibu Zara serah telefon kepada polis

KOTA KINABALU – Peguam kepada ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir menggesa orang ramai menghentikan spekulasi liar dan komen tidak membantu berhubung kes kematian pelajar berusia 13 tahun itu, demi menjaga maruah keluarga serta kelancaran siasatan.

Peguam, Hamid Ismail berkata, anak guamnya, Noraidah Lamat, kini berada dalam keadaan tertekan akibat kehilangan anak tunggalnya dan memerlukan sokongan moral daripada masyarakat.

“Saya mohon kepada semua agar tidak membuat spekulasi liar atau menyebarkan komen yang tidak membantu.

“Ibu Zara sedang melalui tempoh yang amat sukar dan memerlukan doa serta kata-kata positif daripada orang ramai,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Karamunsing, di sini, pada Khamis.

Terdahulu, Noraidah menyerahkan telefon bimbit miliknya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan kes tersebut. Telefon berkenaan mengandungi beberapa rakaman audio perbualan antara Allahyarham Zara dan ibunya.

Menurut Hamid, semua rakaman itu akan dihantar ke Bahagian Forensik di Cheras untuk dianalisis, selain dianggap sebagai bahan bukti penting dalam membantu siasatan lanjut.

Beberapa barang peribadi milik Allahyarham, termasuk pakaian yang dipakai semasa kejadian, turut diserahkan lebih awal kepada pihak berkuasa.

Penyerahan telefon dan kad SIM kira-kira jam 4.35 petang itu dilakukan sendiri oleh Noraidah dan disaksikan wakil sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Beliau lebih selesa untuk menyerahkan sendiri. Segala kandungan penting dalam telefon tersebut juga telah disalin dan disimpan oleh beliau,” kata Hamid.

Related Posts

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

DAKWAAN kerajaan negeri Terengganu berjaya menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam satu penggal membawa mesej pencapaian yang besar. Namun, tanpa perincian tentang jenis pekerjaan dan jumlah pekerja yang benar-benar ditempatkan, angka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenaikan SARA bukan gula-gula pilihan raya, bukti kerajaan dengar keluhan rakyat

TANGGA BATU – Kenaikan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tidak seharusnya disifatkan gula-gula politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun dilihat sebagai usaha kerajaan mendengar keluhan rakyat berhubung peningkatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam