Kerajaan MADANI sokong Yayasan Restu terjemah al-Quran ke 30 bahasa

PERMOHONAN Yayasan Restu untuk dana tambahan bagi menterjemahkan al-Quran ke 30 lagi bahasa dipersetujui Kerajaan MADANI.

Bagaimanapun,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyatakan jumlah dana yang bakal disalurkan kepada yasasan berkenaan untuk tujuan itu, namun menegaskan akan menyokong dan bekerjasama dengan Yayasan Restu.

“Peluncuran hari ini terjemahan ke-30, bahasa Rusia dan kebetulan baru Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong sekarang di Rusia. Jadi ini suatu perkembangan yang sangat menggalakkan.

“Cadangan untuk menterjemah ke 30 bahasa lagi dan dia sebut ini kerana dia minta dana tambahan.

“Jadi tentunya untuk ikhtiar ini, saya bagi pihak Kerajaan MADANI tentunya akan memberikan seluruh dukungan dan kerjasama,” katanya ketika merasmikan Pelancaran Percetakan Al-Quran dan Terjemahan Bahasa ke-30 (Bahasa Rusia) serta Peluncuran Mushaf Ummah Al-Jami’ di Kompleks Nusyrul Quran di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa.

Perdana Menteri turut melepaskan trak kontena mengandungi 20,000 naskhah al-Quran dan terjemahan ke bahasa Sepanyol dan bahasa Inggeris untuk dihantar ke Jannah Institute, California di Amerika Syarikat.

Sementara itu, Anwar berkata, penterjemahan al-Quran ke bahasa dunia yang lain itu adalah tindak balas awal terhadap insiden pembakaran al-Quran di Sweden.

“Kami berbincang dengan Yayasan Restu dan kerajaan, dan bersetuju bahawa satu-satunya cara untuk bertindak balas adalah dengan memastikan mereka membaca dan memahami isi kandungan al-Quran.

“Tindakan yang bersifat impulsif atau berdasarkan kejahilan tidak akan menyelesaikan apa-apa. Jika anda membaca, anda akan faham. Maka, kita menggalakkan pemahaman dan keadilan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, pelancaran Mushaf Ummah al-Jami’ ini juga penting kerana ia hasil gabungan gabungan ilmiah pakar qiraat dari seluruh dunia, yang diselia oleh ulama tersohor, Syeikh Dr Ahmad ‘Isa Al-Ma’sarawi yang juga Pengasas Yayasan al-Masarawi.

Anwar berkata, Malaysia kini menjadi antara negara terawal di dunia yang menerbitkan mushaf seumpamanya secara rasmi dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Anwar berkata, Yayasan Restu juga dijangka akan melancarkan Mushaf MADANI sempena menyambut bulan Ramadan tahun depan.

Related Posts

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana