Bengkel Cakna Minda kupas peranan hormon bahagia bantu mental warga emas

KUCHING – Kekurangan hormon dopamin menjadi antara punca warga emas berdepan stres dan kemurungan terutamanya selepas bersara apabila aktiviti harian dan interaksi sosial semakin berkurangan.

Pegawai Psikologi (Kaunseling) Klinik Kesihatan Petra Jaya, Mohd Azwan Fakhruddin Abdul Halim berkata, dopamin adalah hormon motivasi dan kepuasan yang membantu manusia mencapai matlamat serta memberi semangat untuk menjalani kehidupan seharian.

“Bila dopamin rendah, warga emas mudah rasa letih, hilang fokus dan motivasi. Faktor seperti kesunyian dan kurang bekerja selepas pencen mempercepatkan keadaan ini. Melalui hobi dan aktiviti kreatif, dopamin boleh ditingkatkan sekali gus membantu mengekalkan kesihatan mental,” jelasnya yang berasal dari Kedah.

Beliau berkata demikian ketika mengendalikan Bengkel Cakna Minda Warga Emas anjuran Kelab Digital Warga Emas (DIWARMAS) dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak di Galeri Pameran, Aras Bawah, Pustaka Negeri pada Jumaat.

Bengkel selama dua jam itu memberi penerangan mengenai empat jenis hormon bahagia iaitu dopamin, endorfin, oksitosin dan serotonin serta peranannya terhadap emosi dan kesejahteraan mental. 

Menurut Mohd Azwan, sesi kali ini memberi penekanan kepada endorfin, iaitu hormon penahan sakit semula jadi yang mampu meningkatkan rasa gembira selepas aktiviti fizikal.

“Endorfin bukan sahaja membantu mengurangkan sakit fizikal dan emosi, malah menjadikan kita lebih positif. Senaman ringan, aktiviti riadah atau melakukan perkara yang menyeronokkan bersama orang tersayang mampu merangsang pengeluarannya,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli berkata, kebanyakan warga emas jarang berinteraksi dengan keluarga sendiri terutama generasi muda, menyebabkan mereka mudah berasa kesunyian.

“Seorang manusia yang sihat bukan sahaja memerlukan penjagaan fizikal, tetapi juga sokongan emosi. Kita sebagai makhluk sosial amat memerlukan interaksi antara satu sama lain. Inilah objektif program ini sebagai terapi minda kepada warga emas selain mendedahkan mereka kepada persekitaran yang sihat,” ujarnya.

Japri menegaskan bahawa masalah kesunyian juga boleh menjadi punca stres berpanjangan, sekali gus meningkatkan risiko penyakit seperti nyanyuk dan Alzheimer.

Program ini turut melibatkan golongan belia bagi memupuk interaksi antara generasi dan membina rasa empati terhadap warga emas. Kehadiran belia juga diharap dapat mewujudkan suasana sokongan sosial yang lebih sihat.

Bengkel ini disertai kira-kira 35 peserta pada penganjuran seterusnya. DIWARMAS sebelum ini aktif menjalankan sesi literasi digital setiap minggu di Pustaka Negeri Sarawak bagi memastikan warga emas kekal celik teknologi dan berdaya saing dalam dunia digital.

Penganjur berharap program berimpak tinggi seperti ini dapat dilaksanakan secara berterusan demi kesejahteraan mental dan sosial warga emas di Sarawak.

Related Posts

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Jemaah Menteri akan bersetuju untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji kepada umum. Beliau berkata, perkara itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

IPOH – Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan Flat Sungai Pari, di sini, petang semalam. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

  • By Aden
  • July 25, 2026
Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar