SPR sedia kaji persempadanan semula Pilihan Raya Sarawak

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selepas tempoh lapan tahun kajian terdahulu tamat pada 21 Ogos 2023.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kajian semula persempadanan kali ketujuh itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi memastikan sempadan bahagian pilihan raya sentiasa relevan serta sejajar dengan keperluan semasa.

“SPR akan meneliti dan mempertimbangkan semula sempadan bahagian pilihan raya Parlimen dan DUN Sarawak selaras perkembangan semasa serta mengambil kira pertambahan kerusi DUN yang telah diluluskan, iaitu daripada 82 kepada 99 kerusi pada 7 Julai lalu,” katanya.

Beliau menegaskan pelaksanaan kajian ini adalah berlandaskan Perkara 113(2) dan 113(3B) Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan proses pilihan raya kekal telus, adil dan seimbang.

Tindakan ini jelas mencerminkan komitmen kerajaan dan SPR dalam memperkukuh sistem demokrasi negara, selain memastikan kepentingan rakyat Sarawak sentiasa diutamakan.

Foto: Facebook Azalina Othman Said

Related Posts

Pos kawalan sempadan Brunei lanjut operasi hingga tengah malam sempena Hari Gawai

LIMBANG – Jabatan Imigresen Negara Brunei Darussalam mengambil inisiatif melanjutkan tempoh operasi beberapa pos kawalan sempadan sehingga jam 12 tengah malam selama lapan hari, bermula 26 Mei hingga 2 Jun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ATB 2 tahan 12 PATI, gagalkan penyeludupan lembu, barang kawalan

LAHAD DATU – Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya menahan 15 PATI dan mematahkan penyeludupan beberapa ekor lembu serta barang kawalan di dua lokasi berasingan, pada Ahad. ATB 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pos kawalan sempadan Brunei lanjut operasi hingga tengah malam sempena Hari Gawai

Pos kawalan sempadan Brunei lanjut operasi hingga tengah malam sempena Hari Gawai

ATB 2 tahan 12 PATI, gagalkan penyeludupan lembu, barang kawalan

ATB 2 tahan 12 PATI, gagalkan penyeludupan lembu, barang kawalan

‘Segulai Sejalai’: Pesta Kebudayaan Kapit 2026 meriah, angkat keharmonian pelbagai kaum

‘Segulai Sejalai’: Pesta Kebudayaan Kapit 2026 meriah, angkat keharmonian pelbagai kaum

Bantuan JKM RM18.7 juta ceriakan golongan rentan di Limbang, Lawas sempena Hari Gawai

Bantuan JKM RM18.7 juta ceriakan golongan rentan di Limbang, Lawas sempena Hari Gawai

2 penjenyah maut berbalas tembakan dengan polis

2 penjenyah maut berbalas tembakan dengan polis

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma