FELDA kuasai 92 peratus saham FGV

PUTRAJAYA – FELDA kini menguasai 92 peratus saham dalam FGV Holdings Bhd (FGV), sekali gus membuka laluan kepada pemilikan penuh dan penstrukturan semula syarikat itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses pemilikan penuh itu akan dimuktamadkan Bursa Malaysia.

Keuntungan daripada proses itu dijangka disalurkan semula kepada warga peneroka.

Selain itu, katanya, pemilikan itu turut membabitkan pegangan saham FGV oleh Kerajaan Pahang dan Sabah selepas syarikat terbabit melalui proses penamatan penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

“Menerusi pegangan lima peratus Kerajaan Pahang dan Kerajaan Sabah, mereka juga (kini) menjadi pemegang saham FGV,” katanya seperti dilapor Bernama.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas menghadiri Majlis Apresiasi Warga Peneroka FELDA di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada masa sama, kerajaan sedang membantu Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) menstruktur semula atau menjual pelaburan mereka bagi meraih keuntungan lebih baik.

Ini berikutan penurunan dividen KPF berbanding tahun sebelumnya.

Related Posts

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) ketika ini tidak melihat keperluan untuk menyemak unjuran pertumbuhan ekonomi dan sebarang perubahan lazimnya akan dibuat ketika pengumuman belanjawan. Gabenor Bank Negara Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Malaysia ‘mantap’, catat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua 2026 hasil prestasi mantap yang mengatasi jangkaan susulan prestasi eksport lebih kukuh, perbelanjaan isi rumah yang kekal mampan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program KOMPAK perkasa kompetensi ketua komuniti di Saribas

Program KOMPAK perkasa kompetensi ketua komuniti di Saribas

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi