Kes jenayah scammer di Sarawak meningkat, jumlah kerugian hampir RM78 juta

KUCHING – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak melaporkan peningkatan mendadak kes jenayah scammer di negeri ini sepanjang tahun 2025, sekali gus menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, sebanyak 2,256 kertas siasatan jenayah komersial dibuka antara 1 Januari hingga 30 Julai 2025, berbanding 1,398 kes dalam tempoh sama tahun lalu, menunjukkan kenaikan sebanyak 61.37 peratus.

Nilai kerugian mangsa pula mencecah RM77.7 juta, meningkat sebanyak RM24.8 juta atau 46.88 peratus berbanding RM52.9 juta pada tahun 2024. Jika trend ini berterusan, jumlah kerugian dijangka melebihi RM100 juta menjelang akhir tahun.

“Modus operandi penipuan semakin licik dan pelbagai, antaranya penipuan jual beli dalam talian, pelaburan tidak wujud, pinjaman wang palsu, tawaran pekerjaan palsu serta panggilan palsu yang menyamar sebagai pegawai bank atau polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, majoriti mangsa terdiri daripada golongan berumur 30 hingga 40 tahun yang bekerja sebagai pekerja swasta, penjawat awam dan pesara.

Pihak polis Sarawak turut meningkatkan operasi penguatkuasaan dengan menahan 867 suspek jenayah komersial serta 832 individu yang didakwa menggunakan akaun bank sebagai keldai dalam tempoh sama.

“Salah satu faktor kes ini meningkatkan, pihak polis mendapati masyarakat kurang mengetahui taktik licik scammer seperti panik apabila menerima panggilan palsu dan tidak menyemak maklumat diterima dan rasa malu atau takut membuat laporan sekiranya ditipu.

“Selain itu, masyarakat juga dinasihatkan jangan mudah terpedaya dengan keuntungan yang tidak masuk akal,” nasihat beliau lagi. 

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan janji pulangan cepat dan tidak mendedahkan maklumat perbankan kepada pihak tidak dikenali.

“Semak nombor akaun atau telefon yang mencurigakan melalui portal rasmi CCID ‘Semak Mule’ dan muat turun aplikasi Whoscall untuk mengenal pasti panggilan scammer,” ujarnya.

Orang ramai yang menjadi mangsa disaran menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997, yang beroperasi 24 jam, bagi mendapatkan bantuan segera membekukan transaksi dan memulakan siasatan.

Pihak polis turut menegaskan kesedaran masyarakat adalah benteng utama untuk memutuskan rantaian jenayah scammer yang semakin meresahkan ini.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa