Trump rakam penghargaan atas kejayaan gencatan senjata Thailand-Kemboja

PUTRAJAYA – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merakamkan ucapan tahniah atas usaha Malaysia menjayakan gencatan senjata antara Thailand-Kemboja, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Trump juga akan mengumumkan kadar tarif baharu AS ke atas Malaysia esok.

Beliau memaklumkan berpeluang bercakap dengan pemimpin tertinggi AS itu pada 6.50 pagi tadi untuk membincangkan kadar tarif baharu yang akan dikenakan ke atas Malaysia.

“Beliau (Trump) memulakan (perbualan) dengan penghargaan setinggi-tingginya kerana memainkan peranan berkesan menyelesaikan konflik Thailand dan Kemboja.

“Walapun dalam respons (maklum balas), saya menyatakan ini adalah kesepakatan dalam ASEAN, ini kerana sikap positif kedua-dua negara dan juga kerjasama ditunjukkan AS khusus Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping.

“Kami turut membincangkan soal tarif atas semangat prinsip perdagangan bebas, pelbagai siri rundingan digerakkan oleh MITI dan wakil perdagangan AS serta Setiausaha Perdagangan AS.

“Selepas perbincangan berlaku dan beberapa penjelasan disampaikan, Trump memutuskan menangguhkan pengumuman dan kadar tarif akan diumumkan esok” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, hari ini.

Trump dalam masa sama turut mengesahkan akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini.

“Jadi kita tunggu sehingga esok, yang penting kewaspadaan kita kemungkinan harga barangan dan kos akan meningkat sekiranya tarif tidak seperti kita jangkakan,” katanya.

Sebelum ini, Trump mengumumkan kadar tarif 25 peratus AS terhadap Malaysia yang akan menyebabkan barangan Malaysia menjadi lebih mahal di pasaran AS.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

Pameran Mini Hari Malaysia perkukuh pemahaman sejarah pembentukan negara, MA63

Pameran Mini Hari Malaysia perkukuh pemahaman sejarah pembentukan negara, MA63

PH Sarawak bantah cadangan persempadanan semula, gariskan tiga kepincangan utama

PH Sarawak bantah cadangan persempadanan semula, gariskan tiga kepincangan utama

Komuniti agama diseru perkukuh perpaduan, kepercayaan masyarakat

Komuniti agama diseru perkukuh perpaduan, kepercayaan masyarakat

Pemuda Pas, UMNO rancang himpunan gerakan ummah dalam tempoh terdekat

Pemuda Pas, UMNO rancang himpunan gerakan ummah dalam tempoh terdekat