Program pembangunan RMK13 selaras Halatuju SMJ

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah menyambut baik program pembangunan serta peruntukan yang diumumkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), yang disifatkan selaras dengan pelan pembangunan negeri Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pengumuman itu mencerminkan sokongan Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan Sabah di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut menyatakan penghargaan apabila beberapa projek berimpak tinggi yang dicadangkan Kerajaan Negeri turut dimasukkan dalam pelan pembangunan RMK13.

Antara projek utama yang diberi keutamaan termasuk perluasan utiliti kritikal seperti air, sistem kumbahan dan pemindahan, selain infrastruktur strategik meliputi jalan raya, tebatan banjir dan kemudahan kesihatan.

“Turut diberi perhatian ialah pelaksanaan hab Ekonomi Biru yang sejajar dengan potensi Sabah sebagai peneraju sektor perikanan dan ekonomi maritim,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.

Beliau berkata, RMK13 turut memberi fokus kepada pembinaan rangkaian jalan Sabah–Sarawak–Kalimantan, yang penting dalam menyokong pembangunan wilayah serta pemindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara di Kalimantan Timur.

“Selain itu, strategi pembasmian kemiskinan secara intensif dan pemerkasaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerusi transformasi digital turut menjadi antara tumpuan dalam pelan tersebut.

“Kerajaan Negeri juga sedang merangka pelan jangka panjang bagi memastikan Sabah terus maju ke hadapan selaras dengan aspirasi rakyat,” jelasnya.

Related Posts

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

MACHANG – Empat negeri di utara dan Pantai Timur, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu merekodkan kadar pembabitan kes dadah melebihi ambang nasional. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nik Nazmi direhatkan tiga bulan daripada aktiviti Bersama susulan kes khalwat

PEMIMPIN Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad direhatkan daripada semua aktiviti rasmi parti itu selama tiga bulan susulan pengakuannya ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kes khalwat pada 15 Oktober…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24