Perumpamaan Fadhli sangat biadab, hina negara berdaulat – Mahfuz

PERUMPAMAAN Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari yang menggambarkan Malaysia dalam usaha rundingan damai Thailand-Kemboja sebagai ‘monyet’ yang cuba mendamaikan kambing dengan biri-biri adalah sangat biadab.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, Fadhli sebenarnya tidak memahami peranan sebenar Malaysia dalam krisis itu.

Bagaimanapun kenyataannya itu menggambarkan bertapa dangkalnya pemikiran beliau dalam memahami krisis dua negara itu.

“Apa yang menyedihkan beliau sanggup menghina negara sendiri dan kedua negara jiran itu.

“Perumpamaan beliau dua negara itu seperti kambing dan biri-biri yang berebut pisang memperlekehkan kedaulatan negara itu.

“Apa yang masyarakat hari ini tidak boleh terima peranan diplomasi Malaysia yang diiktiraf dunia turut diperlekehkan,” katanya.

Menurut Mahfuz, Malaysia bukan ‘monyet’ yang merosakkan lagi konflik itu tetapi berperanan sebagai pendamai.

Jelasnya lagi, negara kita dihormati di peringkat ASEAN dan dunia kerana komitmen terhadap diplomasi damai dalam konflik itu.

“Negara kita bukan mengambil sikap suka campur tangan secara semborono seperti didakwa.

“Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur mendapat Perdana Menteri yang bijak dan disegani seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjaya menyelesaikan konflik itu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Perumpamaan Ketua Penerangan Pas itu jelas membongkar wajah sebenar parti itu yang berlandaskan politik kebencian yang tidak tahu membezakan lawan politik dan martabat negara.

Persoalannya apakah kebencian terhadap PMX sudah sampai ke tahap sanggup menghina negaranya sendiri?

Umum mengetahui, Malaysia adalah pengasas ASEAN dan memainkan peranan penting dalam menyelesaikan krisis Mynmar, Laut China Selatan dan pelarian Rohingya.

Sudah banyak jasa yang disumbangkan oleh Malaysia dalam geopolitik Asean selama ini.

Apakah Fadhli lupa atau tidak peka dengan sejarah diplomatik negaranya sendiri?

Menurut Mahfuz lagi, seandainya beliau tahu ‘pisang’ sebenar adalah kuasa dan pengaruh yang Pas dambakan, walaupun terpaksa bersengkongkol bersama ‘harimau’ dalam politik dengan menunggang agama.

“Lidah pembangkang hari ini lebih suka menjadi monyet daripada rakyat bermaruah.

“Pas dan PN bukan sedang lawan PMX hari ini. Mereka sedang merosakkan dan menjatuhkan imej dan maruah Malaysia di mata dunia.

“Yang gelojoh kejar pisang kuasa itulah sebenarnya monyet dalam politik Malaysia,” katanya.

Related Posts

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

SERI MENANTI – Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu selepas Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Jasa penderma darah terus dihargai

Jasa penderma darah terus dihargai

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13