Pembangkang patut sahut cabaran PM, bukan tipu penyokong sendiri

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin disarankan agar menyahut cabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika benar pihak pembangkang mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Pemerhati politik, Raggie Jessy Rithauddeen, tindakan Hamzah yang hanya membayangkan kemungkinan membawa usul undi tidak percaya adalah tidak memberi sebarang makna sekiranya tidak disusuli dengan tindakan rasmi di Parlimen.

“Saya sendiri pernah mencabar pembangkang sebelum ini dan saya amat menghormati Hamzah.

“Namun, tindakan Hamzah sekadar membayangkan akan ada usul tidak percaya tidak berguna. Jika ada usul, sila usulkan.

“Jika tiada, fokus terhadap kerja sebagai pembangkang yang bertanggungjawab, berprinsip dan berwawasan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Raggie menyatakan rasa sangsi terhadap dakwaan bahawa pembangkang sudah mempunyai majoriti.

“Kalau sudah ada jumlah, tentu perhimpunan Turun Anwar tidak perlu berlaku. Dan pastinya usul undi tidak percaya sudah pun dibawa ke Parlimen. Hakikatnya, pembangkang masih cuba memujuk Ahli Parlimen untuk beralih sokongan sambil mencipta persepsi palsu bahawa kejatuhan kerajaan sudah hampir,” katanya.

Menurut beliau lagi, pembangkang kini dilihat lebih menumpukan tenaga kepada usaha politik menjatuhkan kerajaan daripada menjalankan peranan sebenar sebagai semak dan imbang kepada pentadbiran.

“Inilah tumpuan mereka sejak PRU15. Mereka lembab kerana hanya tahu menyerang kerajaan dan memperbesar-besarkan isu remeh, malah ada yang sampai tersasar atau bersifat fitnah.

“Sesiapa pun boleh serang kerajaan. Saya juga boleh. Tetapi apa penyelesaian yang dibawa? Bagaimana rakyat boleh yakin bahawa pembangkang mampu mentadbir lebih baik pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika tiada cadangan atau pelan yang jelas?” ujarnya.

Raggie turut mengimbas kembali kelemahan pentadbiran terdahulu semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri, termasuk kegagalan memperkenalkan dasar pemulihan ekonomi yang konkrit.

“Semasa Tun Dr Mahathir mencadangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN), idea itu diambil bulat-bulat oleh Muhyiddin yang kemudian menjadi pengerusinya. Akhirnya berlaku situasi janggal di mana orang yang bertanggungjawab terhadap kelemahan ekonomi pula memberi nasihat kepada kerajaan tentang pemulihan ekonomi,” katanya.

Mengulas tentang kerajaan semasa, beliau mengakui masih terdapat kelemahan dalam pentadbiran Anwar, namun menyifatkan pencapaian ekonomi semasa lebih baik berbanding era Muhyiddin.

“Sekurang-kurangnya sekarang kita lihat pelaburan asing meningkat. Malaysia juga melonjak 11 anak tangga ke kedudukan ke-23 dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) 2025 oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD), pencapaian terbaik sejak 2018.

“Bursa Malaysia pula mencatatkan nilai pasaran melebihi RM1.9 trilion setakat akhir suku pertama 2025. Ini bukti keyakinan pelabur terhadap asas ekonomi negara, meskipun suasana global mencabar,” katanya.

Raggie menyarankan agar pembangkang tampil dengan penyelesaian dan cadangan yang munasabah jika ingin mengkritik kerajaan, bukan sekadar mencetuskan persepsi.

“Sekadar turun ke jalan dan menipu pentaasub kononnya “kami hanya mahu Anwar turun, bukannya mahu tumbangkan kerajaan” hanya menampakkan keterdesakan dan sifat penipu pembangkang.

“Ianya menunjukkan dengan jelas pemimpin pembangkang tidak tahu berfungsi tanpa kuasa dan terpaksa berpolitik ke tahap ‘gaban’ kerana takut kehilangan penyokong yang ada,” ujarnya.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017