Loklik, manisan tradisi yang terus melekat di hati anak Terengganu

MARANG — Di sebalik arus moden yang melanda dunia kulinari hari ini, satu nama manisan tradisi terus bertahan — loklik, kuih unik warisan Terengganu yang kekal menjadi pilihan ramai.

Di reruai kecil di Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, suasana tampak sederhana. Namun, tangan seorang wanita berusia lingkungan 50-an ligat membentuk adunan tepung pulut menjadi bentuk bebola sebelum dicelup ke dalam kuah manis yang pekat. Itulah Kak Esah, atau nama sebenarnya, Esah Osman — antara pengusaha loklik yang masih teguh mempertahankan warisan manisan tradisi ini.

“Ramai orang ingat kuih tradisional dah tak laku, tapi loklik ni masih ramai cari. Terutama bila ada majlis kahwin, program rasmi sekolah, atau acara kerajaan,” kata Kak Esah sambil tersenyum bangga.

Berasal dari Kampung Tok Dir, Marang, beliau bukan sahaja menjual kuih ini, malah turut menjadi wajah penting dalam mempromosikan loklik kepada generasi muda.

Setiap kali ada pelajar sekolah datang melawat, beliau akan dengan penuh sabar menunjukkan cara membuat kuih ini — dari menguli tepung hingga mencelup dalam kuah gula perang yang wangi.

“Budak-budak suka tengok cara kita buat. Ada yang tak pernah nampak pun sebelum ni. Jadi saya rasa penting kita ajar mereka, supaya nanti bila kita dah tiada, kuih ni tak hilang,” tambahnya sambil merenung jauh.

Demonstrasi pembuatan loklik yang dijalankan Kak Esah merupakan sebahagian daripada program MADANI Rakyat Kebombaan Komuniti, anjuran bersama Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Pejabat KEMAS Daerah Marang, dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu.

Program yang berlangsung selama dua hari ini membuka ruang kepada masyarakat untuk lebih mengenali khazanah budaya dan peranan agensi kerajaan secara lebih dekat.

Kuih loklik mungkin ringkas pada pandangan luar — kuih pulut bersalut sirap pekat — tetapi nilai budayanya jauh lebih dalam. Ia mengingatkan kepada zaman kanak-kanak, kepada kenduri kampung, dan kepada tangan-tangan ibu yang sabar menyediakan juadah untuk keluarga.

Dengan adanya pengusaha seperti Kak Esah, loklik bukan sekadar bertahan — tetapi terus hidup, sebagai simbol kasih, warisan dan identiti anak Terengganu.

Related Posts

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

IPOH – Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan sebanyak RM12.3 juta kepada 123 sekolah di Perak bagi memperkukuh agenda Reformasi Sekolah menerusi pelaksanaan Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolah, sekali gus memperkasakan kualiti pengajaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

SARATOK – Sambutan Hari Wanita 2026 Peringkat Daerah Saratok pada Ahad memfokuskan usaha memperkasa golongan wanita menerusi penguasaan ekonomi digital. Bertemakan ‘Sarawak Women In Digital Economy’, program di Dewan Pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta

Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan