20,000 siri Program Jualan Rahmah MADANI tahun ini – Armizan

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan pelaksanaan sebanyak 20,000 siri Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelaksanaan program berkenaan akan meliputi 222 kawasan Parlimen, 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 40 zon di Wilayah Persekutuan.

“KPDN akan melaksanakan mandat itu untuk meningkatkan PJRM melalui peruntukan tambahan sebanyak RM300 juta daripada peruntukan asal RM300 juta untuk keseluruhan program tersebut.

“KPDN akan melaksanakan tiga elemen penambahbaikan utama dalam pelaksanaan PJRM iaitu, meningkatkan kekerapan pelaksanaan PJRM di seluruh negara,meningkatkan bilangan jenis ‘Stock Keeping Unit’ (SKU) barangan,

“Peluasan penglibatan rakan strategik melalui PJRM bergerak di dalam dan luar premis,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Khamis.

Tambahnya, KPDN menyediakan takwim lengkap PJRM mengikut kawasan DUN yang boleh diakses di laman web rasmi kementerian dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

“PJRM merupakan antara langkah kerajaan  untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana dengan menyediakan barangan asas pada harga yang lebih berpatutan,” ujarnya.

Related Posts

PKR lantik Saifuddin Nasution dan Dr Zaliha sebagai Naib Presiden baharu

KUALA LUMPUR – PKR melantik Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebagai Naib Presiden parti yang baharu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR tangguh kongres tahunan, fokus hadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan

BATU PAHAT – PKR mengambil keputusan menangguhkan Kongres Tahunan parti itu yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Jun ini bagi memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

PKR lantik Saifuddin Nasution dan Dr Zaliha sebagai Naib Presiden baharu

PKR lantik Saifuddin Nasution dan Dr Zaliha sebagai Naib Presiden baharu

PKR tangguh kongres tahunan, fokus hadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan

PKR tangguh kongres tahunan, fokus hadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan

Steven Sim kongsi pengalaman dengan Tok Ayah, tokoh ulama P.Pinang

Steven Sim kongsi pengalaman dengan Tok Ayah, tokoh ulama P.Pinang

Turun padang perlu konsisten, bukan semasa berjawatan – Yun Fah

Turun padang perlu konsisten, bukan semasa berjawatan – Yun Fah

Jaslinda ditemukan selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih

Jaslinda ditemukan selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih