Hari Sarawak: Belia bangga warisan, perpaduan negeri

SARATOK – Tanggal 22 Julai terus menjadi kebanggaan rakyat Bumi Kenyalang apabila diiktiraf sebagai Hari Sarawak, memperingati kemerdekaan negeri ini daripada penjajahan British pada 1963.

Bagi golongan belia, Hari Sarawak bukan sekadar cuti umum, sebaliknya melambangkan kebebasan, identiti dan warisan negeri yang kaya dengan budaya serta sejarah perjuangan.

Seorang guru, Fatin Nadzwa Abdul Kadir, 31, berkata, Hari Sarawak adalah peluang untuk mengingati jasa pejuang terdahulu, mensyukuri keamanan serta mengukuhkan rasa bangga sebagai anak Sarawak.

“Hari Sarawak bukan sekadar tarikh, tetapi saat untuk menghargai perpaduan dan kepelbagaian budaya, selain memperkukuh identiti negeri,” katanya.

Pegawai akaun, Boniface Kanyan, 31, pula menganggap Hari Sarawak sebagai simbol perjuangan dan warisan yang perlu dipertahankan generasi kini demi penyatuan rakyat Sarawak bersama Malaysia.

Alisca Sanggau, 30, seorang pengajar kemahiran, menyifatkan Hari Sarawak sebagai bukti kemajuan dan perpaduan rakyat pelbagai kaum yang hidup harmoni.

Kesemua mereka sependapat bahawa perpaduan dan keharmonian kaum adalah kebanggaan utama anak Sarawak, meskipun berlainan budaya, bahasa dan agama.

Kepelbagaian budaya, keindahan alam, makanan tradisional dan gaya hidup saling menghormati menjadi identiti istimewa rakyat negeri ini.

Sambutan Hari Sarawak tahun ini berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Julai di Miri, dengan pelbagai aktiviti menarik dianjurkan bagi meraikan detik bersejarah tersebut.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow