Kerajaan teliti semula jadual pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 – Fahmi

PELAKSANAAN rasionalisasi subsidi RON95 oleh Kerajaan MADANI akan dianjakkan sedikit daripada jadual asal, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mahu sebarang pelaksanaan dasar, termasuk rasionalisasi subsidi, memberi kesan negatif kepada rakyat.

“Sedang diperhalusi. Penelitian itulah yang menganjakkan sedikit garis masa (rasionalisasi subsidi RON95) tersebut,” katanya pada sidang media mingguan di bangunan Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan bahawa pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 dijangka bermula pada separuh kedua tahun 2025.

Amir Hamzah berkata, Kementerian Kewangan sedang giat menjalankan perbincangan bagi memastikan golongan yang benar-benar layak menerima sokongan subsidi dikenal pasti dengan tepat.

Dalam pada itu, Fahmi menegaskan bahawa penelitian menyeluruh terhadap mekanisme pelaksanaan dasar tersebut perlu dilakukan, sebagaimana beberapa dasar lain sebelum ini seperti subsidi diesel dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Kalau kita lihat dalam isu peluasan skop SST juga, ada beberapa perkara yang telah diteliti setelah diumumkan, maka beberapa penyesuaian dilaksana.

“Samalah juga dengan dasar-dasar yang belum dilaksana tetapi telah dibayangkan atau disebut sebelum ini mengenai RON95,” jelas beliau.

Kerajaan MADANI sebelum ini telah melaksanakan beberapa langkah rasionalisasi subsidi secara berperingkat bagi memastikan penyaluran bantuan lebih bersasar dan efektif kepada rakyat yang memerlukan.

Related Posts

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM – Tarikh 26 Oktober depan diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am Gantian bagi seluruh negeri Selangor bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadikan komitmen dan dasar nasional, bukan lagi dilihat sebagai isu sektoral membabitkan Sabah dan Sarawak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

Hampir semua gunung berapi di Indonesia masih aktif

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT