Israel sengaja biar penduduk Gaza kelaparan – UNRWA

AGENSI Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sekali lagi menuduh pihak berkuasa Israel menggunakan kebuluran sebagai senjata perang terhadap penduduk awam Gaza.

Dalam kenyataan menerusi platform X semalam, UNRWA menyatakan bahawa Israel menyebabkan kebuluran dalam kalangan penduduk Gaza, melibatkan sejuta kanak-kanak

Agensi itu menegaskan bahawa sekatan yang dikenakan Israel mesti dihentikan serta-merta bagi membolehkan penghantaran makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk Gaza yang sedang menderita, lapor Anadolu.

Meskipun wujud obligasi undang-undang antarabangsa untuk melindungi orang awam serta membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan, Israel terus mengekalkan sekatan penuh ke atas Gaza sejak 2 Mac lalu. Ini termasuk mengebom konvoi bantuan, menyekat lintasan sempadan, serta menyerang lokasi pengagihan bantuan.

Tindakan ini dikutuk secara meluas oleh masyarakat antarabangsa sebagai bentuk hukuman kolektif dan disifatkan berpotensi sebagai jenayah perang.

Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini berkata, pihaknya tidak dibenarkan menghantar bekalan makanan ke Gaza sejak sekatan itu bermula.

“Makanan tersedia hanya beberapa kilometer dari Gaza. UNRWA sahaja mempunyai stok mencukupi di luar Gaza untuk menampung seluruh penduduk selama tiga bulan,” katanya.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, puluhan kanak-kanak telah meninggal dunia akibat kebuluran dan dehidrasi, manakala ratusan ribu lagi berisiko tinggi berdepan masalah keselamatan makanan yang parah berikutan runtuhnya sistem kesihatan.

Setakat semalam, kementerian melaporkan sebanyak 86 kematian akibat kelaparan, termasuk 76 kanak-kanak, sejak perang Israel dilancarkan. Keadaan itu disifatkan sebagai satu bentuk “pembunuhan senyap”.

Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, 18 kematian direkodkan akibat kelaparan. Kementerian turut mempersalahkan Israel dan masyarakat antarabangsa atas kemelut kemanusiaan yang semakin meruncing itu.

Pihak berkuasa kesihatan Palestin menggesa pembukaan segera lintasan sempadan bagi membolehkan kemasukan bantuan makanan dan perubatan.

Pada Sabtu lalu, serangan udara Israel meragut sekurang-kurangnya 136 nyawa rakyat Palestin. Antara yang terbunuh ialah 38 individu yang sedang menunggu bantuan serta tiga kanak-kanak yang meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan.

Related Posts

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

NEW YORK – Harga minyak dunia melonjak melepasi paras AS$100 setong pada Khamis, mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh hampir dua bulan selepas kumpulan Houthi di Yaman mengumumkan serangan ke atas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trump rancang tarif baharu ke atas 60 negara, perang perdagangan dijangka memuncak

ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan sedang bersiap sedia memperkenalkan pusingan baharu tarif import terhadap kira-kira 60 negara seawal minggu ini, sekali gus berpotensi meningkatkan semula ketegangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat