Pemancing hilang di Umas-Umas

TAWAU – Seorang lelaki dikhuatiri hilang semasa melakukan aktiviti memancing di Sungai Umas-Umas Dumpas, Jalan Merotai-Kalabakan di sini, pada Ahad. 

Mangsa dikenali sebagai Rizal Bedu, berumur 38 tahun dilaporkan tidak pulang sejak keluar dari rumah kira-kira pukul 2 petang Sabtu.  

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ushin berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 2.27 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian. 

“Sebaik tiba, pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa secara ‘surface searching’ di sekitar lokasi kejadian dalam radius 500 meter. 

“Pasukan bomba menjumpai motosikal, beg dan kasut mangsa berada di tebing sungai tetapi mangsa belum ditemukan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad. 

Menurut Jemishin, SAR ditangguh pukul 5 petang dan akan disambung pada Isnin.

Related Posts

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

PARIT YAANI – Exco Pemuda AMANAH, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda menyifatkan kenyataan bekas pemimpin DAP, Tony Pua berhubung institusi Raja-Raja Melayu sebagai tindakan tidak wajar dan biadab. Menurut beliau, kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

PAYA RUMPUT – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan sebanyak 800 bilik darjah di seluruh negara akan ditransformasikan kepada ‘AI Powered Classroom’ menjelang akhir tahun 2027 sebagai usaha memperkukuh agenda transformasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat