Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

KOTA MARUDU – Setiap pandangan dan keluhan masyarakat setempat berkenaan pendidikan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, termasuk status semasa SMK Langkon.

Menurut Ketua Cabang PKR Kota Marudu, Zaidi Jatil, selaku pemimpin tempatan, beliau memikul amanah untuk menjadi jambatan antara rakyat dan kerajaan.

Jelasnya, kehadiran Fadhlina dalam Program Temu Kasih Mesra Komuniti ini menunjukan keprihatinan terhadap nasib dan keperluan pendidikan masyarakat pedalaman.

“Saya amat menghargai kesediaan YB untuk bertemu sendiri dengan masyarakat setempat serta menyampaikan sumbangan kepada komuniti di sini.

“Lebih penting, YB telah mendengar secara langsung apa keperluan pendidikan di daerah ini yang saya telah sampaikan,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.

Dalam pada itu, Zaidi turut menyuarakan beberapa isu utama yang membelenggu sektor pendidikan di daerah itu antaranya keperluan bas sekolah untuk kegunaan murid dan guru-guru.

Selain itu, projek pembinaan SMK Langkon yang telah tergendala hampir 10 tahun.

“Saya dimaklumkan bahawa kontraktor telah bertukar sebanyak lapan kali.

“Kami mohon agar sekolah ini disiapkan segera demi kesejahteraan pendidikan anak-anak kita,” katanya.

Beliau turut menyuarakan berkenaan dengan kemudahan trek sintetik sukan untuk latihan dan penganjuran acara sukan peringkat daerah.

Katanya lagi, isu pendaftaran lewat kelahiran, yang menyebabkan pelajar tidak dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.

“Perlu ada penyelesaian tuntas melibatkan pelbagai pihak,” katanya.

Zaidi berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga perlukan bangunan tetap agar tidak lagi bergantung kepada bangunan sewaan demi kelancaran urusan pentadbiran pendidikan.

Dalam kesempatan itu, Fadhlina turut berkelapangan meluangkan masa menziarahi pesara guru yang sakit dan melawat SMK Salaping, sebagai tanda keprihatinan terhadap warga pendidik dan komuniti setempat.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan