Pindaan Akta FINAS perlu untuk kekal relevan

PUTRAJAYA – Cadangan pindaan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 antara agenda utama dibincangkan dalam pertemuan antara Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan timbalannya, Teo Nie Ching bersama Ahli Lembaga Perbadanan FINAS, semalam.

Nie Ching menerusi satu hantaran di Facebook berkata, cadangan itu adalah langkah penting bagi memastikan akta sedia ada terus relevan dengan perkembangan teknologi serta trend baharu dalam penghasilan kandungan digital.

“Dengan komitmen dan kerjasama semua pihak, saya yakin industri kreatif negara berupaya berkembang dengan lebih pesat, inklusif dan mampan.

“FINAS akan terus memainkan peranan penting dalam membina ekosistem yang menyokong bakat tempatan, mendorong inovasi serta mengangkat Malaysia sebagai hab kandungan serantau yang disegani,” katanya.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Nie Ching dalam masa sama turut menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan ‘Ejen Ali The Movie 2’ yang secara rasmi dinobatkan sebagai filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman negara.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada drama siri ‘Bidaah’ yang mencatat lebih 2.5 bilion tontonan menerusi platform digital dan media sosial.

Related Posts

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR – Sembilan kawasan di Sarawak dan satu kawasan di Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat Isnin, jam 8.26 pagi menurut Sistem Pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dadah bolos di KLIA, kerajaan pertimbang guna teknologi baharu

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI bersedia untuk mempertimbang teknologi baharu sistem pemeriksaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memperkukuh pengesanan barangan kontraban susulan insiden penyeludupan yang berlaku baru-baru…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Empat cedera kemalangan bas, treler

Empat cedera kemalangan bas, treler