Muhyiddin tak layak persoal integriti kepada PM – Puad Zarkashi

DESAKAN terus-menerus oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berundur sebagai Perdana Menteri adalah suatu yang tidak wajar dipertikaikan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, gesaan disuarakan oleh individu yang pernah memegang jawatan tertinggi negara tanpa melalui proses demokrasi dilihat membuktikan bahawa dirinya masih obses untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Menurut Mohd Puad, alasan Muhyiddin mendesak Anwar untuk berundur disebabkan faktor integriti adalah suatu yang tidak relevan dipersoalkan berikutan Presiden Bersatu itu sendiri sehinggan kini masih terpalit dengan beberapa kes mahkamah.

“Apakah Muhyiddin layak bercakap soal integriti? Dia sendiri terpalit dengan dakwaan rasuah Jana Wibawa. Bahkan dia sepatutnya pujuk menantunya balik Malaysia untuk berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan proses mahkamah.

“Jangan tunggu dapat balik jawatan Perdana Menteri barulah menantu balik Malaysia. Tidak ada anak anak bekas Perdana Menteri lari ke luar negara. Mana intergriti Muhyiddin?” soalnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit berkata, pendedahan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun di mahkamah sebelum ini mengenai campur tangan Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri berhubung isu Datuk Seri Najib Razak membuktikan beliau sendiri campur tangan ketika berada dalam Kabinet kerajaan.

“Kita masih ingat bekas KPN mendedahkan di mahkamah pada tahun 2018, selepas PH ambil alih kuasa, tiga tokoh politik tertinggi negara termasuk Muhyiddin bertanya berulang kali kenapa Najib lambat untuk didakwa? Tidakkah itu campur tangan?”

“Ketika kempen di DUN Nenggiri, dia ungkit cerita lama mempersoalkan Yang di-Pertuan Agong ke-16 tidak menjemput dia ke istana untuk angkat sumpah. Walhal dia tidak cukup angka.

“Terdapat 10 Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) yang dia cuba curi telah buat pusingan U. Dia harus ingat, tanpa langkah Sheraton, Muhyiddin tidak akan berpeluang merasai jawatan Perdana Menteri ke-8. Beliau seharusnya kini meletak jawatan dalam politik kerana kekalahan teruk di Nenggiri dan Mahkota,” ujar beliau.

Sementara itu, menerusi hantaran berbeza Puad turut sama mengkritik Ahli Parlimen Pagoh yang enggan bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana mendakwa parti itu telah mengkhianati Bersatu.

Hakikatnya kata Mohd Puad, Bersatu itu sendiri lebih kuat mengkhianati rakan kongsi dan disebabkan itu, tiada parti yang mahu berkawan dengan Bersatu di Sabah.

Terdahulu, memetik laporan Malaysiakini, Muhyiddin Yassin dilaporkan mengulangi gesaannya agar Perdana Menteri meletak jawatan susulan dakwaan campur tangan dalam pelantikan kehakiman melibatkan seorang hakim kanan yang didakwa mempunyai isu integriti.

Related Posts

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

PUTRAJAYA – Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyelar sikap segelintir pihak yang lupa diri terhadap jasa pemimpin selepas tidak lagi berkuasa, termasuk berubah pendirian terhadap individu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Melaka: Tiga penjuru masih dalam percaturan – Penganalisis

DINAMIKA politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka terus kompleks berikutan bentuk kerjasama antara parti masih belum dimuktamadkan, dengan kemungkinan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit

Mayat pekerja tongkang ditemukan tidak sempurna di parit ladang sawit