Turun Anwar: Pas tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

“APA yang kau merepek ni, Setan!” dialog legenda Ahmad Nisfu dalam filem Seniman Bujang Lapok ini kini terasa sangat relevan dengan gelagat politik semasa, terutamanya apabila melihat bagaimana Pas bertindak menggerakkan Himpunan “Turun Anwar” untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang dilantik secara sah.

Lucunya menurut penganalisis politik Datuk Dr Azhar Ahmad, Pas yang kononnya berteraskan perjuangan Islam, kini kelihatan paling tidak reda dengan takdir politik negara.

“Bukankah Rukun Iman ke-6 mewajibkan setiap Muslim percaya kepada qada’ dan qadar? Bila rakyat sudah memilih, kerajaan terbentuk mengikut undang-undang, dan Perdana Menteri dipilih secara sah, apakah itu bukan satu ketentuan Allah?

“Apakah Pas hanya percaya kepada qadar apabila mereka menang? Bila mereka kalah, maka turun ke jalan pula jadi pilihan?” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azhar yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas menegaskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan naik ke tampuk kuasa melalui rampasan kuasa, sebaliknya telah mendapat mandat melalui gabungan parti-parti yang sah dan direstui oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Maka apa justifikasi Pas mahu mengheret rakyat ke jalanan seolah-olah berlaku penindasan atau kezaliman? Bukankah itu sendiri menafikan takdir politik yang telah Allah tentukan?

“Kalau benar percaya kepada ketentuan Allah, bukankah kedudukan PMX sekarang juga atas izin dan kehendakNya? Bukankah menentang secara keterlaluan itu seperti menidakkan takdir?

“Rakyat dah memilih, dan sistem demokrasi telah diikut. Sepatutnya sebagai parti Islam, Pas menunjukkan contoh akhlak politik yang matang, bukan menghasut rakyat turun ke jalan semata-mata kerana tak puas hati,” katanya.

Azhar menambah, mengajak rakyat protes untuk jatuhkan pemimpin yang sah bukan ciri perjuangan Islam yang sebenar.

“Jika benar berpegang kepada Islam, Pas sepatutnya menjadi pembangkang yang bermaruah. Kritik dasar, bukan jatuhkan pemimpin dengan mainan persepsi dan kebencian. Islam tidak mengajar pengikutnya menolak takdir hanya kerana kuasa tidak berpihak kepada mereka.

“Lebih teruk, himpunan ini bukan soal rakyat semata-mata. Ia sebenarnya usaha Pas dan sekutunya mencipta tekanan politik kerana gagal menumbangkan kerajaan di Parlimen. Maka jalanan dijadikan medan. Rakyat diperguna, emosi dibakar, takdir Allah dipertikaikan,” katanya.

Justeru, Azhar menyeru rakyat agar tidak mudah terpengaruh dan termakan dakyah serta hasutan yang giat dicanangkan oleh Pas dan Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

“Kita tidak menolak hak bersuara, tetapi kita menolak politik hipokrit yang berselindung di sebalik agama. Percaya kepada qada’ dan qadar bukan sekadar ceramah malam Jumaat, ia harus dizahirkan dalam akhlak dan tindakan politik juga.

“Islam ajar kita sabar, musyawarah, dan ikut saluran. Bukan bakar emosi rakyat dan cipta huru-hara. Kalau semua tak puas hati sahaja turun ke jalan, mana ketenteraman yang Islam tuntut?

“Jadi kepada Pas, jika benar beriman, terimalah takdir politik dengan reda. Kerana pemimpin datang dan pergi dengan izin Allah, bukan dengan desakan jalanan. Dan kalau betul percaya kepada Allah, hentikanlah ‘merepek’ ini.

“Qada’ dan qadar bukan hanya untuk pidato ceramah, tapi juga untuk diterima dengan jiwa besar apabila kuasa bukan lagi di tangan,” katanya.

Related Posts

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat