Pesta Saratok 2025 tonjol warisan, lonjak ekonomi setempat

SARATOK – Pesta Saratok 2025 yang berlangsung selama dua minggu disifatkan sebagai pemangkin pembangunan sosioekonomi tempatan, selaras dengan aspirasi Sarawak menjadi negeri maju menjelang tahun 2030.

Acara berprestij itu turut menampilkan Regata Saratok, antara tarikan utama pesta berkenaan, yang menyaksikan perlumbaan perahu tradisional bagi merebut gelaran Raja Sungai Regata Kalaka.

Perlumbaan tersebut bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat, malah memperkukuh warisan budaya yang menjadi kebanggaan komuniti setempat.

Menariknya, pesta kali ini turut membuka ruang kepada usahawan dan belia tempatan untuk menyerlahkan potensi masing-masing menerusi pelbagai pameran, jualan produk tempatan, pertandingan serta persembahan seni.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, dalam usaha memperkasa pembangunan luar bandar, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta kepada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai sebahagian strategi pemulihan pasca pandemik COVID-19.

“Pesta seperti ini mencerminkan harapan dan iltizam rakyat dalam menjayakan agenda pembangunan negeri. Ia bukan sekadar acara hiburan, tetapi menjadi pentas mempamerkan kekuatan ekonomi dan budaya tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi menyempurnakan Majlis Penangguhan Rasmi Pesta Saratok 2025 yang berlangsung di Pentas Utama, Dataran Sri Kalaka di sini, pada Ahad.

Turut hadir ADUN Kalaka, Mohamad Duri; ADUN Krian, Friday Belik; ADUN Beting Maro, Razali Gapor; Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli; Senator Dewan Negara, Pele Peter Tinggom serta beberapa tetamu kehormat lain.

Related Posts

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersedia memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyokong pertumbuhan industri di Lembah Chuping, Perlis. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

SANDAKAN – Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) menjadi platform penting dalam membudayakan gaya hidup sihat selain memperkukuh perpaduan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam