Berhentilah main sentimen kaum, ‘be gentleman’ – Tok Abah

CADANGAN Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk membentuk Konsensus Nasional baharu ini jelas mempunyai niat terselindung untuk menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan yang sedia ada, bidas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop.

Menerusi podcast Minda Tok Abah pada Jumaat, Ismail menyifatkan kenyataan Hamzah sebagai tidak berasas dan tidak berpuas hati terhadap Kerajaan MADANI serta usaha untuk menutup masalah dalaman dalam kalangan pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Beliau juga menolak dakwaan kononnya wujud rampasan kuasa dalam pembentukan kerajaan sekarang, malah menyatakan bahawa tohmahan sedemikian hanya mencetuskan sentimen kaum dan berbahaya kepada pembinaan negara bangsa.

“Dia (Hamzah) nak tutup masalah dalaman dia dan bila dibangkit dia yang duduk bersama dalam Pakatan Harapan (PH) ini. Jadi, itu yang saya kata ini sangat ‘cliche’. Sangat halus.
 
“Dia kata ini bukan rampasan kuasa. Tapi sebenarnya itulah maksud yang tersiratnya. ‘Come on’ lah. ‘Be gentleman’. Tunggulah nanti Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16),” katanya.

Terdahulu, Hamzah mencadangkan agar satu Konsensus Nasional baharu dibentuk dengan matlamat menyatukan seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan wilayah.
 
Menurut Ahli Parlimen Larut itu, keperluan untuk membina konsensus sedemikian kini lebih mendesak berbanding waktu-waktu sebelumnya.

Mengulas lanjut, Ismail menjelaskan bahawa gagasan Kerajaan Perpaduan yang terbentuk selepas PRU16 merupakan satu bentuk konsensus nasional yang sah dan telah pun disepakati demi kestabilan dan kemakmuran negara.

Beliau juga mengingatkan semua pihak bahawa asas pembinaan negara ini berpaksikan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang merangkumi prinsip inklusif, pengiktirafan kepada Raja-raja Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan serta hak-hak semua kaum.

“Perlembagaan sebenarnya menjadi bingkai yang merangkum semua rakyat, khususnya golongan peribumi yang dianggap dominan. Hal ini kemudian diperkukuh melalui ideologi nasional, iaitu Rukun Negara.
 
“Bagi saya, harus ditegaskan bahawa sama ada mahu atau tidak, dalam konteks pembinaan negara bangsa, perkara ini perlu diterima sebagai asas yang utama,” katanya.

Justeru, Ismail menyeru agar ahli politik memberi tumpuan kepada usaha menangani isu sebenar rakyat seperti kos sara hidup dan jurang ekonomi, bukan memanipulasi isu sensitif untuk kepentingan politik sempit.

Related Posts

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

IPOH – Kerajaan MADANI bersedia meningkatkan kadar bantuan kepada rakyat menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekiranya kedudukan ekonomi negara terus mengukuh serta kewangan kerajaan mengizinkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan JKR Sarawak bagi penubuhan Makmal MyBIM Malaysia sebagai langkah memperluaskan penggunaan teknologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia