15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

SEMPORNA – 15 individu termasuk pelancong selamat selepas terlibat dalam insiden perlanggaran dua bot di kawasan perairan berhampiran Floating Resort dan Jeti Umum Semporna, pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Jaafar Hakim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi, kesemua mangsa diselamatkan pemandu bot dan orang awam.

“Perlanggaran membabitkan sebuah bot pelancong yang membawa sembilan pelancong menuju ke Pulau Mabul dan sebuah bot kayu jenis penambang yang ditumpangi enam orang penduduk Kampung Hidayat, Pulau Bum-Bum menuju pekan Semporna.

“Perlanggaran berlaku di bahagian kiri hadapan bot pelancong, manakala bot penambang mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

“Akibat perlanggaran, bot kayu mengalami kerosakan dan kesemua penumpang bot kayu terjatuh ke laut sebelum diselamatkan,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 280 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mengemudi atau membawa apa-apa jua secara gopoh di laluan air yang memperuntukkan penjara sehingga enam bulan atau denda jika sabit kesalahan.

Jaafar menasihati semua pengusaha dan pengguna pengangkutan air supaya sentiasa mematuhi peraturan keselamatan serta mengambil langkah berwaspada ketika berada di perairan awam bagi mengelakkan insiden seumpama ini berulang.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017