MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI

LAHAD DATU – Penganjuran Minggu Sains Negara (MSN) 2025 Zon Sabah menunjukkan impak positif dalam merangsang minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) sekali gus menunjukkan keberkesanaan pendekatan diambil Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Timbalan Menterinya, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, hasil penganjuran tahun ini memperlihatkan peningkatan kesedaran dan keterujaan pelajar terhadap program berasaskan sains berbanding sebelum ini.

“Tahun ini kehadiran kita lebih difahami dan mereka (pengunjung dan pelajar) seperti ada persoalan dan ternanti-nanti apa yang kita bawakan misalnya bas pameran bergerak yang menyedia 14 bahan interaktif untuk pelajar.

“Mungkin mereka ada merasakan sesuatu yang menarik macam ‘There’s ia a future in Science’ dan inilah apa yang kerajaan buat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Karnival MSN 2025 di Dewan Perdana Lahad Datu, pada Khamis.

Terdahulu semasa berucap, Yusof berkata, keseluruhan pendekatan ini adalah bertepatan dengan gagasan Malaysia MADANI khususnya dalam elemen Daya Cipta.

“Menerusi elemen ini, ia menekankan kesiapsiagaan negara menerusi Teknologi Buatan (AI), robotik, automasi, data raya dan analitik yang canggih.

“Justeru, MOSTI komited membudayakan STI kepada rakyat Malaysia termasuklah menerusi Kembara Sains Borneo 2025” katanya.

Katanya, jelajah itu menelusuri 30 sekolah bermula di Kota Samarahan, Sarawak pada Mei sebelum berakhir di Lahad Datu, 1 Julai lepas yang memanfaatkan lebih 20,000 peserta.

“Melalui pelbagai pengisian interaktif dan inklusif, program ini juga diyakini membina ekosistem ilmu yang lebih mampan di peringkat negeri,” ujarnya.

Related Posts

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

TAWAU – Sistem pengurusan hospital di negeri ini terus diperkemas bagi menangani isu kesesakan pesakit serta mengurangkan tempoh menunggu untuk mendapatkan rawatan, sekali gus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

SHAH ALAM – Selangor akan melaksanakan penutupan sekolah, tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, selaras dengan ketetapan pihak berkuasa. Exco Kesihatan Awam dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

  • By Fatin
  • September 7, 2026
Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200