Tiada krisis kehakiman, tak perlu panik – Aziz Bari

TIADA krisis dalam institusi kehakiman negara susulan kelewatan pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu, sebaliknya kerajaan sedang mengurus proses tersebut dengan teliti dan mengikut perlembagaan.

Pakar Perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari menjelaskan, kelewatan itu tidak harus dilihat sebagai satu isu besar, sebaliknya menekankan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menunjukkan komitmen jelas terhadap kebebasan badan kehakiman sejak awal pentadbirannya.

“Proses pelantikan ini memang memerlukan masa kerana ia melibatkan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong dan konsensus Majlis Raja-Raja. Tidak wajar ada pihak cuba menimbulkan panik atau keraguan,” katanya ketika dihubungi.

Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Negeri Perak berkata, kerajaan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda campur tangan dan sebaliknya kekal menghormati prinsip pemisahan kuasa.

Jelasnya, perkara ini pernah berlaku pada 1957 di mana Ketua Hakim Negara ketika itu bersara pada umur 65 tahun berdasarkan kepada peruntukan Perlembagaan yang termaktub.

“Perkara 125 (1) jelas,tiada keraguan. Cumanya peruntukan baru yang dimasukkan melalui pindaan pada 2005 yang membolehkan ia disambung perkhidmatan walaupun mencecah umur 65 tahun sudah wajib bersara.

“Pada 1957 hakim bersara pada umur 65 tahun dan tiada langsung peruntukan untuk melanjutkan selama 6 bulan seperti yang ada sekarang.

“Dan harus diingat bahawa soal perlantikan hakim ini turut melibatkan Majlis Raja-Raja dan bukan hanya nasihat daripada Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Justeru, Abdul Aziz mengingatkan pihak-pihak yang sengaja mencetuskan sensasi isu ini agar tidak lupa mengenai kuasa yang ada pada Majlis Raja-Raja dalam melantik Ketua Hakim Negara.

“Jadi pihak-pihak yang cuba menyerang Perdana Menteri mungkin lupa peruntukan yang ada ini.

“Sudah ada dalam sejarah sebelum ini, satu pelantikan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja pada 2002 yang telah melantik Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah menjadi Ketua Hakim Negara. Ketika itu era zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Abdul Aziz juga menyifatkan cubaan sesetengah pihak membangkitkan isu ini hanyalah permainan persepsi untuk mencabar kredibiliti Kerajaan Perpaduan, terutama ketika negara berada dalam fasa pemulihan ekonomi dan reformasi institusi.

“Setakat ini jelas Perdana Menteri tidak terlibat dalam sebarang usaha mempengaruhi pelantikan dan menyerahkan sepenuhnya kepada proses perlembagaan.

“Di Amerika Syarikat kongres negara itu ada peranan tetapi ia dalam bentuk undang-undang dan berkesan; dan kuasa melantik kekal di tangan presiden sebagai asalnya

“Saya nampak pentadbiran Anwar kekal konsisten dalam menegakkan integriti kehakiman dan memberi ruang penuh kepada proses pelantikan dijalankan secara profesional dan berwibawa,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, Tengku Maimun mungkin terlajak kata dalam ucapannya pada Persidangan Undang-Undang Komanwel di Malta pada April lalu yang mendakwa wujud peranan Perdana Menteri dalam urusan kehakiman negara.

“Mungkin dalam soal ini, Tengku Maimun sedikit terlajak. Beliau boleh dikenakan tindakan, namun saya fikir Perdana Menteri masih berlembut dan tidak ada apa-apa tindakan diambil ke atasnya setakat ini.

Mengimbas kembali krisis kehakiman pada tahun 1988, Abdul Aziz berkata, Ketua Hakim Negara ketika itu Tun Salleh Abbas telah mengkritik hebat pentadbiran Mahathir yang menerajui pentadbiran negara.

“Ini satu kesalahan sebab kalau kita imbas kembali kes pemecatan Tun Salleh Abas pada 1988 itu ialah kerana, salah satu puncanya, kerana Tun Salleh mengkritik badan eksekutif.

“Saya fikir, Tengku Maimun mungkin akan dikenakan tindakan yang serupa jika ia berlaku pada zaman Dr Mahathir jadi Perdana Menteri.

“Tapi Anwar tidak sekejam itu, beliau masih berlapang dada dan berlembut,” katanya.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

SEBELUM ini bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjadi sasaran tuduhan kononnya kerajaan Pakatan Harapan mahu menjual aset Lembaga Tabung Haji (TH) dan menggadaikan kepentingan umat Islam. Namun beberapa tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

PUTRAJAYA – Pengguna perkhidmatan telekomunikasi di negara ini yang layak, bakal menikmati 10 gigabyte (GB) data internet percuma sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 menerusi Insentif Rebat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

  • By Ithma
  • August 12, 2026
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia