Mayat pelajar lemas ketika memancing ditemukan

KUANTAN – Remaja lelaki berusia 15 tahun yang dilaporkan tergelincir ke dalam Sungai Kuantan berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Talam dekat sini, semalam ditemukan lemas tengah hari tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, mayat Muhammad Isyraf Danish Razmi dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 12.40 tengah hari.

Katanya, mayat mangsa ditemukan kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian selepas dipercayai tergelincir ke dalam sungai, petang semalam.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang sedang memancing bersama rakannya dipercayai turun ke tebing untuk menarik tali pancing yang tersekat sebelum hilang.

Polis menerima maklumat kira-kira jam 7.30 petang dan segera menggerakkan operasi SAR bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

ADUN Semambu, Chan Chun Kuang turut meluangkan masa menyantuni bapa mangsa, pegawai dan anggota keselamatan yang terbabit dalam operasi SAR itu di lokasi kejadian.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai