Penghadang, lampu jalan sepanjang Sungai Korok diteliti demi pengguna – TPM

JERLUN – Infrastruktur seperti pagar penghadang dan lampu jalan di laluan sepanjang Sungai Korok sejauh 20 kilometer akan diteliti demi keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya di situ.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mendapat taklimat berhubung perkara itu dan perbincangan akan dilakukan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Perbincangan akan dibuat untuk membuat penghadang di tepi sungai dan lampu jalan saya akan ikhtiarkan untuk dipasang di kawasan tersebut dan kawasan-kawasan gelap yang lain.

“Secara kebetulan saya juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya, jadi saya akan beritahu kepada menteri yang berkenaan supaya tindakan segera dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga enam beranak yang terkorban di Kampung Bohor Karang, di sini hari ini.

Mayat enam sekeluarga itu ditemukan dalam kereta yang dipercayai terbabas ke dalam Sungai Korok, semalam selepas kehilangan mereka menjadi misteri sejak Sabtu lalu.

Kesemua mereka, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, bersama isteri, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat anak iaitu Putra Rayyan Nur Izzat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Anayla Humaira Nur Izat, 7, dan Tuah Haydar selamat dikebumikan malam tadi.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menjadikan anak sulung pasangan itu, Putri Qisya Nur Izzat, 12, sebagai anak angkat sehingga kanak-kanak itu menjejakkan kaki ke peringkat universiti.

Beliau turut menasihatkan Putri Qisya Nur Izzat agar terus tabah dan kuat menghadapi ujian hidup yang amat berat itu.

“Saya telah nasihatkan adik ini supaya menjadi anak yang solehah kerana doa anak solehah kepada ibu bapa tiada hijab. Saya minta dia sentiasa membaca al-Fatihah dan Yasin untuk dihadiahkan kepada ibu bapa serta adik beradiknya yang telah pergi.

“Saya juga galakkan dia untuk belajar bersungguh-sungguh demi masa depannya. Insya-Allah, MRSM bersedia menerimanya tahun depan dan perkara itu turut dipersetujui oleh neneknya,” katanya.

Tambahnya, segala bantuan lain yang diperlukan kanak-kanak itu juga akan disalurkan dari masa semasa kerana kerajaan mahu memastikan kebajikan anak yatim piatu sentiasa terbaik demi masa depannya.

Related Posts

JPA siasat sebelum ambil tindakan terhadap penjawat awam, penyebar fitnah boleh dikenakan tindakan

KAMPAR – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan setiap aduan atau tuduhan yang tular di media sosial melibatkan penjawat awam akan melalui proses siasatan dan penelitian terperinci sebelum sebarang tindakan diambil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Skim Lindung 24 Jam perluas jaringan keselamatan sosial pekerja mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan skim Lindung 24 Jam yang bermula hari ini membuka lembaran baharu dalam sistem perlindungan sosial negara apabila lebih sembilan juta pencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan