Berjalan kaki 3km promosi TMIYC Muar

MUAR – Dalam usaha mempromosikan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Muar kepada orang ramai, Majlis Belia Daerah Muar (MBDM) telah menganjurkan aktiviti riadah secara santai dengan berjalan kaki mengelilingi pusat berkenaan.

Yang Dipertua MBDM, Mohammad Hafiz Tumin berkata, perjalanan sejauh kira-kira tiga kilometer itu telah disertai seramai 150 penduduk bagi melihat secara dekat kemudahan yang ada di sekitar TMIYC Muar.

Menurut Mohammad Hafiz, pihaknya terpanggil untuk mempromosikan lokasi berkenaan berikutan ia salah satu tarikan terbaharu dibuka di Muar dengan dilengkapi pelbagai kemudahan riadah.

“Di TMIYC ini, selain kewujudan gerai-gerai jualan, ramai yang masih tak tahu fasiliti sukan juga dibuka kepada orang ramai. Pengunjung yang berminat untuk menyewa gelanggang di sini boleh berbuat demikian kerana kemudahan ini juga dibuka untuk semua golongan.

“Justeru, program Geng Youth Development Plan (YDP) Fun Walk TMIYC Muar ini dianggap platform tepat untuk kami selaku pengurus lokasi menyebarluaskan peranan fasiliti ini,” katanya kepada TMP.

Menurut beliau, selain memperkenalkan lokasi berkenaan, program terbabit sekaligus menggalakkan orang ramai menjalani hidup sihat sihat melalui aktiviti berjalan kaki.

TMIYC berkeluasan 11 hektar itu telah dirasmikan sejak Oktober lalu dan mampu menampung lebih 300,000 pengunjung bagi sesebuah acara keramaian.

Dilengkapi dengan 15 fasiliti, TIMYC Muar direka khusus untuk memenuhi keperluan dan minat belia seperti gelanggang futsal, sepak takraw, tenis, padang bola sintetik, gimnasium, ‘skatepark’, asrama belia, gelanggang serbaguna, kafeteria, surau dan taman permainan.

Related Posts

Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan babit 12 motosikal, tiga kereta

IPOH – Tiga penunggang motosikal maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan tiga kereta di Jalan Jelapang-Ampang, di sini, awal pagi Sabtu. Ketua Polis Daerah Ipoh,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

PUTATAN – Golongan muda di Sabah digalakkan berani mencuba perkara baharu dan meneroka potensi diri kerana langkah kecil hari ini mampu berkembang menjadi kemahiran, kerjaya atau kejayaan pada masa hadapan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan babit 12 motosikal, tiga kereta

Tiga maut, sembilan cedera dalam kemalangan babit 12 motosikal, tiga kereta

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka