Kerjasama parti persekutuan asas gabungan politik Sabah – Saifuddin

TAWAU – Gabungan politik yang bakal dibentuk menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan mengambil pendekatan kerjasama seperti yang berlaku di persekutuan.

Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerjasama itu berdasarkan kesefahaman politik parti yang mahu duduk bersama dan bekerjasama.

“Kerjasama yang akan kita jalin adalah kerjasama politik sepertimana kerjasama di persekutuan, maka, kerjasama seperti itu juga dikembangkan di Sabah.

“Masa ini kita masih berunding dengan Barisan Nasional (BN) dan kita terbuka dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan itu arah tuju kita,” katanya kepada media selepas melancarkan Bilik Gerakan Utama (BGU) PKR Cabang Tawau, di Kongsi 10.

Menurut Saifuddin, PKR tidak akan bertanding sendiri sebaliknya bekerja bersama rakan kerjasama menghadapi PRN akan datang.

Mengenai cadangan calon dan kerusi dipertandingkan, Saifudin yang juga Pengarah Pilihan Raya Bersama berkata, perkara itu dalam perbincangan dan pihaknya akan mengumumkan perkara itu setelah persetujuan atau gabungan dimuktamadkan.

“Dalam mesyuarat baru-baru ini kita melihat cadangan dari pemimpin PKR Sabah sendiri dan cadangan sahabat parti lain dalam PH menunjukkan minat.

“Jadi terlalu awal untuk saya tunjuk kawasan mana PKR sasar dan kerusi itu kita akan umum bila ia sudah dimuktamadkan.

“Mengenai calon kita tiada masalah, yang penting muktamadkan proses pengagihan kerusi, bina jentera kuat dan siapapun kita namanakan (calon), dia adalah terbaik dan boleh memberi sumbangan kepada kemenangan PKR,” tambahnya.

Jelas Saifuddin, lawatannya ke Cabang Tawau juga bagi melihat tahap persediaan dan Penilaian Tawau mendepani PRN berikutan Tawau pernah menjadi kawasan diwakili pemimpin PKR di peringkat Parlimen.

“Apabila proses rundingan kerusi bersama parti sahabat itu kita muktamadkan dan persetujuan terdapat kawasan DUN Tawau atau Kalabakan dipertandingkan, maka, melalui lawatan ini saya lebih bersedia memberi maklum balas pada pimpinan atasan parti,” ujarnya.

Related Posts

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik keputusan anaknya, Nurul Izzah Anwar untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden parti itu. Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Sikap parti pembangkang Pas yang lebih berminat mencari ruang untuk membantah tindakan kerajaan berkenaan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) disifatkan tidak wajar. Ketua Angkatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

Pesantun 2026 jayakan misi perkasa seni budaya warisan bangsa

Pesantun 2026 jayakan misi perkasa seni budaya warisan bangsa

Pasangan penagih warga emas antara 1,000 individu ditahan AADK

Pasangan penagih warga emas antara 1,000 individu ditahan AADK

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji