BCF 2025 kukuh perpaduan, martabat budaya pelbagai kaum

SIBU – Festival Kebudayaan Borneo (BCF) 2025 yang memasuki edisi ke-21 terus menjadi platform penting dalam memperkukuh perpaduan serta memartabatkan warisan budaya pelbagai kaum di Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata festival tahunan itu bukan sahaja menarik kehadiran pelancong, malah berperanan menyemai semangat cintakan budaya dalam kalangan generasi muda.

“BCF adalah simbol usaha berterusan kerajaan negeri dalam memelihara adat resam dan memperkenalkan budaya Sarawak di peringkat antarabangsa. Ia juga mencerminkan kerjasama erat antara penganjur, komuniti dan para penggiat seni,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalannya Datuk Snowdan Lawan.

Majlis perasmian BCF 2025 berlangsung meriah di Dataran Tun Tuanku Bujang pada Jumaat malam.

Abdul Karim turut menegaskan bahawa penganjuran festival ini menyokong matlamat Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 yang memberi tumpuan kepada pembangunan inklusif dan pemuliharaan budaya.

Beliau turut memuji usaha konsisten Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dalam mempertingkat mutu penganjuran BCF dari tahun ke tahun.

Sementara itu, Snowdan berkata festival berkenaan berpotensi menjadi pemacu utama kepada pencapaian sasaran lima juta pelawat ke Sarawak bagi tahun ini.

“Tahun lalu, kita berjaya mencatatkan 4.8 juta pelawat setakat Oktober. Tahun ini, kita berharap BCF mampu menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini,” ujarnya.

Menurutnya, keunikan BCF yang menghimpunkan elemen budaya tempatan dan antarabangsa menjadikannya antara tarikan utama dalam memperkenalkan Sarawak ke peringkat global.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Michael Tiang; ADUN Bukit Assek Joseph Chieng; ADUN Bawang Assan Datuk Seri Wong Soon Koh; Pengerusi MPS Clarence Ting; Timbalan Pengerusi MPS Mohammed Abdullah Izkandar Roseley serta Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Joshua Ting

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok