Lelaki rugi RM600,000 terpedaya pelaburan mata wang tidak wujud

BINTULU – Seorang eksekutif syarikat tempatan berusia lingkungan 60-an kerugian lebih RM600,000 selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang dalam talian yang tidak wujud.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, mangsa membuat laporan polis selepas menyedari telah ditipu oleh suspek yang menyamar sebagai wakil syarikat pelaburan antarabangsa, J.P. Morgan.

“Kejadian bermula pada awal Mac lalu ketika mangsa melayari sebuah laman sesawang dan tertarik dengan tawaran pelaburan mata wang yang dipromosikan melalui satu pautan yang dikongsi oleh suspek.

“Mangsa kemudiannya diminta memuat turun aplikasi berkaitan dan membuat beberapa transaksi secara berperingkat ke dalam akaun yang diberikan oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat. 

Tambahnya, suspek terus meminta bayaran tambahan kononnya untuk mengeluarkan keuntungan pelaburan, namun mangsa hanya sempat mengeluarkan wang berjumlah RM441 sebelum menyedari dirinya ditipu.

Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang tular di media sosial serta membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Orang awam yang menjadi mangsa penipuan dinasihatkan segera menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997, atau membuat semakan nombor akaun dan telefon suspek menerusi portal Semak Mule di laman sesawang http://semakmule.rmp.gov.my.

Dalam pada itu, aplikasi seperti Whoscall, Investment Checker, dan Check Scammers CCID turut disarankan bagi membantu pengguna mengenal pasti risiko penipuan siber.

Orang ramai juga boleh mengikuti saluran rasmi @JSJKPDRM dan @CyberCrimeAlertRMP di media sosial untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai modus operandi penipuan siber.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan