Terjemahan The Asian Renaissance ke bahasa Itali iktiraf keintelektualan PMX

TERJEMAHAN karya The Asian Renaissance hasil nukilan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam bahasa Itali disifatkan sebagai satu pengiktirafan besar terhadap keintelektualan beliau di persada antarabangsa.

Menurut Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu (Intelek Terengganu), Ahmad Nadhir Yob, penterjemahan karya tersebut meletakkan Anwar sebaris dengan tokoh-tokoh pembaharuan terkenal di Eropah.

“Umum mengetahui Itali merupakan pusat kebangkitan Eropah sekitar abad ke-17 dan ke-18 yang melahirkan pelbagai tokoh terkemuka dalam bidang seni, sains dan pemikiran seperti Michelangelo dan Leonardo da Vinci.

“Justeru, apabila buku The Asian Renaissance diterjemah ke dalam bahasa Itali, ia membuktikan bahawa keintelektualan tokoh negara kita setanding dengan tokoh-tokoh pembaharuan besar di Eropah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya mencadangkan agar karya tersebut dicetak semula dan dimasukkan dalam silibus pembangunan modal insan, khususnya dalam konteks pembinaan tamadun menerusi kerangka Malaysia MADANI.

Katanya, konsep Malaysia MADANI yang digagaskan oleh Perdana Menteri merupakan kesinambungan pemikiran yang terkandung dalam The Asian Renaissance, dan wajar difahami masyarakat secara lebih menyeluruh.

“Penghayatan terhadap buku ini mampu membantu rakyat memahami asas dan usul pembentukan konsep Malaysia MADANI, seterusnya menjadikannya elemen penting dalam proses pembangunan negara dan bangsa,” jelasnya.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana