RTS Link dijangka beroperasi tahun depan

JOHOR BAHRU- Perkhidmatan Rapid Transit System Link (RTS Link) yang menghubungkan antara Malaysia dan Singapura melalui laluan dari Bukit Chagar, Johor Bahru ke Woodlands North dijangka beroperasi sepenuhnya tahun depan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, projek yang telah siap sehingga 56 peratus itu disasarkan mula dibuka menjelang penghujung 2026.

“Setakat Jun 2025, projek ini telah mencatatkan kemajuan fizikal lebih daripada separuh melibatkan pembinaan landasan, pembangunan stesen serta ujian sistem dan tren.

“Projek ini merupakan inisiatif berimpak tinggi dan strategik buat Johor dan negara khususnya. Ia bukan sahaja menjawab isu kesesakan rentas sempadan yang telah lama membebankan rakyat, malah menjadi detik bersejarah mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia–Singapura serta merangsang pertumbuhan ekonomi serantau,” katanya di laman Facebook beliau.

Menurut Onn Hafiz, RTS Link merupakan sistem pengangkutan moden yang bakal menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru ke Woodlands North, Singapura dalam hanya tempoh lima minit.

“Direka dengan kecekapan tinggi, tren ini mampu membawa 10,000 penumpang setiap jam setiap hala, dengan kekerapan 3.6 minit semasa waktu puncak, sekali gus berupaya menampung sehingga 180,000 penumpang sehari.

“Saya yakin, semua ini adalah permulaan yang baik dalam mengangkat Johor sebagai kuasa ekonomi utama di rantau ini. Ia juga mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan dan Singapura dalam membina prasarana yang moden, efisen dan selamat untuk keselesaan rakyat,” katanya.

Beliau dalam pada itu berharap agar kemudahan awam di negeri ini terus dipertingkatkan dala memberikan manfaat sepenuhnya kepada rakyat.

Related Posts

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

PUTATAN – Golongan muda di Sabah digalakkan berani mencuba perkara baharu dan meneroka potensi diri kerana langkah kecil hari ini mampu berkembang menjadi kemahiran, kerjaya atau kejayaan pada masa hadapan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

KOTA KINABALU – Empat projek menaik taraf jalan di kawasan Parlimen Sepanggar yang telah mendapat kelulusan Kementerian Ekonomi disasarkan dapat disiapkan tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya