Sarawak perkukuh aspirasi jadi hab tenaga hijau serantau menjelang 2035

SIBU – Sarawak terus menunjukkan komitmen tinggi dalam merealisasikan hasrat menjadi hab tenaga hijau utama di rantau ini menjelang tahun 2035, selari dengan aspirasi nasional untuk muncul sebagai ‘Battery of ASEAN’.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, Sarawak kini memiliki keupayaan penjanaan elektrik mencecah 5.8 gigawatt (GW) iaitu lebih tinggi daripada permintaan semasa sekitar 4.897 GW.

Keupayaan ini dapat menyediakan lebihan tenaga yang boleh dimanfaatkan untuk memperkukuh pembangunan sektor industri.

Beliau turut menjangkakan bahawa kapasiti penjanaan akan terus meningkat kepada 10 GW menjelang 2030 dan seterusnya mencapai 15 GW pada tahun 2035. Menurutnya, sebanyak 60 peratus daripada kapasiti tersebut dijangka akan disumbangkan oleh sumber tenaga boleh diperbaharui.

“Dengan majoriti tenaga elektrik dijana daripada sumber mesra alam, Sarawak sedang menuju ke arah pembangunan yang lebih lestari dan rendah karbon,” katanya semasa menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Akreditasi Latihan dan Peperiksaan Bertauliah untuk Rekabentuk Sistem Solar PV di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) pada Isnin.

Dalam pada itu, Datuk Seri Julaihi turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri sedang giat melaksanakan projek loji solar terapung di beberapa empangan utama seperti Batang Ai, Murum dan Bakun.

Katanya, di Empangan Batang Ai sahaja, loji solar berkapasiti 50 megawatt telah berjaya beroperasi sejak Disember lalu dengan hanya menggunakan tiga peratus permukaan empangan.

“Kejayaan ini memperlihatkan potensi besar yang ada pada tenaga solar terapung. Kita mensasarkan untuk menjana sehingga 1,500 megawatt tenaga solar pada masa hadapan,” jelas beliau.

Mengulas mengenai keperluan sumber manusia, beliau menegaskan bahawa kejayaan pembangunan tenaga hijau amat bergantung kepada sokongan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi.

Justeru, UTS dan Entera diberi mandat untuk melatih profesional dalam reka bentuk dan pemasangan sistem solar PV yang bertauliah.

Tambahnya, pembangunan tenaga kerja sedang giat dijalankan di seluruh Sarawak melalui kerjasama dengan 32 pusat latihan di pelbagai daerah. Latihan itu melibatkan pelbagai bidang termasuk juruelektrik pemasangan, wireman dan chargeman.

Menurut beliau, inisiatif pembangunan modal insan ini juga merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang memberi fokus kepada enam sektor keutamaan termasuk tenaga boleh diperbaharui sebagai pemacu ekonomi berpendapatan tinggi.

“Tenaga elektrik adalah asas kepada pembangunan ekonomi moden. Sarawak memiliki potensi besar dalam bidang tenaga hijau dan bersedia untuk memainkan peranan strategik sebagai sumber tenaga mampan rantau ini,” tambah beliau.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

KUALA LUMPUR, 19 Sept — Empat belas pertubuhan masyarakat sivil menggesa semua dokumen berkaitan pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Tun Razak didedahkan sepenuhnya, dengan menegaskan ketelusan penting bagi memelihara keyakinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan menghormati keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

  • By Fandi
  • September 19, 2026
Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari