PM ajak penjawat awam pertahankan pembangunan Kota MADANI

BERIKUTAN terdapat pihak tidak senang dengan pembangunan Kota MADANI, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak penjawat awam mempertahankan konsep pembangunan tersebut yang menyediakan kemudahan 10,000 unit kuarters kepada kumpulan berkenaan.

Perdana Menteri menegaskan, kumpulan penjawat awam perlu memahami fakta berhubung pembangunan Kota MADANI seterusnya mempertahankan konsep tersebut.

“Entah dia (pihak tidak setuju) mewakili kontraktor lain atau pun yang lain-lain. Tapi, saya tidak faham mengapa dia tidak boleh dukung lebih-lebih lagi apabila Perbadanan Putrajaya dan Putrajaya Holdings boleh urus sendiri tanpa beban kerajaan secara langsung.

“Jadi, saya harap rakan-rakan kalau mahu kita beri penjelasan, biar mereka datang jelaskan.

“Kalau perlu jabatan-jabatan (beri penjelasan) kerana ramai juga lebih muda yang tunggu peluang menyewa atau menduduki rumah,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pelancaran Kota MADANI yang akan memanfaatkan penjawat awam turut menjadi bahan politik pihak tidak bertanggungjawab.

“Tapi, cuma untuk sebut di sini, kita tahu bahawa yang tunggu (kuarters) juga beribu, yang rosak juga beribu unit.

“Tapi, dalam beberapa tahun kebelakangan ini 98 peratus yang rosak sudah diperbaiki dan diduduki.

“Adakah ia cukup? Tidak cukup kalau semua diperbaiki, masih ribuan yang menunggu. Untuk keperluan tahun mendatang puluhan ribu, maka sebab itu kita usul pembangunan Kota MADANI,” katanya.

Perdana Menteri menjelaskan, pembangunan kota itu bukan sahaja akan menyiapkan sebanyak 3,000 unit perumahan penjawat awam pada fasa pertama, namun melengkapkan 10,000 pada fasa kedua untuk memenuhi keperluan kumpulan itu.

“Ia bukan sahaja rumah biasa, tetapi kita beri satu keselesaan yang luar biasa, sekolah, masjid dekat, gim dan tempat permainan hijau semua diambil kira faktor itu.

“(Pembangunan itu) satu kota yang moden dan ada konsep MADANI, semua dalam 10 ke 15 minit perjalanan, jadi kota yang ada konsep baharu,” katanya.

Related Posts

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

KUCHING – Pemimpin politik di Semenanjung disaran untuk mencontohi sikap serta semangat kepimpinan yang ditunjukkan oleh barisan pemimpin daripada kerajaan Sabah dan Sarawak demi mengekalkan keharmonian negara.   Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak bagi sesi kemasukan September atau Oktober ini akan menerima Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan domestik secara sekali beri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SBRC redah lebih 500 kilometer, dekati belia Semporna dengan bersukan

  • By Fatin
  • September 17, 2026
SBRC redah lebih 500 kilometer, dekati belia Semporna dengan bersukan

Eksploitasi seksual: JKM dedah taktik ‘grooming’ menerusi pocket talk

Eksploitasi seksual: JKM dedah taktik ‘grooming’ menerusi pocket talk

Penglibatan generasi muda semarak Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Penglibatan generasi muda semarak Sambutan Hari Malaysia di Sabah

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

INSAF Malaysia agih bakul makanan, vitamin C kepada pelajar B40

BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

  • By Fatin
  • September 17, 2026
BUDI Diesel lebih fleksibel, beri kelegaan pengguna luar bandar

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak