Henti budaya fitnah, adu domba dan kafir mengkafir antara umat Islam

KUANTAN – Masyarakat tidak sepatutnya terus dimomokkan dengan agenda sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah, adu domba dan lebih ekstrem sehingga ke tahap kafir-mengkafir sesama umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, sudah tiba masanya masyarakat menghentikan perbalahan yang hanya merugikan agama dan negara.

“Cukuplah masyarakat kita berantakan dan bergaduh sesama sendiri, ia amat merugikan agama dan negara.

“Segala kesumat kebencian perlu dileraikan dengan nilai-nilai rahmah dan kasih sayang.

“Marilah kita bertekad bersama-sama membangunkan negara berasaskan nilai Islam serta nilai peradaban yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah MADANI Ulama dan Umara (JMUU) Zon Timur sempena Karnival Al-Falah MADANI Indera Mahkota Pahang bersempena Maal Hijrah 1447 Hijrah di Masjid Beserah dekat sini, semalam.

Mohd Na’im berkata, keamanan dan keharmonian bermasyarakat menjadi pasak penting kepada kestabilan sesebuah negara.

Jelasnya, Maqasid Syariah meletakkan lima teras utama iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, namun ia tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa wujudnya persekitaran masyarakat yang sejahtera.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan sebanyak RM242.57 juta kepada 21,086 penerima di Pahang, Kelantan dan Terengganu pada tahun ini.

Katanya, peruntukan itu termasuk imbuhan bulanan imam, elaun guru takmir dan KAFA, Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 secara sekali bayar serta BKK Aidilfitri.

“Ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk menjaga kebajikan para murabbi ummah dan memperkukuh syiar Islam di negara ini,” katanya.

Related Posts

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, hari ini mengesahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) sudah memutuskan secara sebulat suara proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

ALOR SETAR – Pesawah di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berdepan cabaran berganda apabila kedudukan takungan tiga empangan kini hanya 35.76 peratus, selain kebarangkalian fenomena El Nino meningkat menjelang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz –  Ismail

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

  • By Fatin
  • September 17, 2026
Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas