Telegram tak patuh turun sebahagian besar kandungan – Fahmi

KEMENTERIAN Komunikasi mendapati
aplikasi Telegram gagal patuh sebahagian besar permintaan dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menurunkan kandungan berbahaya di platform tersebut.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, antara semua platform media sosial, Telegram mempunyai kadar pematuhan paling rendah – kurang daripada 50 peratus terhadap permintaan MCMC untuk menurunkan kandungan.

“Saya mengarahkan MCMC memanggil Telegram untuk satu mesyuarat minggu hadapan bagi membincangkan isu ini,” katanya pada sidang media di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, MCMC memfailkan saman sivil terhadap Telegram dan dua salurannya kerana didakwa menyebarkan kandungan berbahaya yang boleh menghakis kepercayaan terhadap institusi awam dan mengancam ketenteraman awam pada 19 Jun lalu.

MCMC berkata dua saluran tersebut, ‘Edisi Siasat’ dan ‘Edisi Khas’, didapati telah menerbitkan kandungan yang melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Tindakan ini merupakan yang pertama seumpamanya diambil terhadap penyedia platform media sosial.

“Ia susulan kegagalan serius Telegram menangani kandungan berulang kali dilaporkan kepada pihak mereka, walaupun pelbagai usaha rundingan dan kerjasama telah dilakukan MCMC,” kata MCMC.

Menjelaskan mengenainya, Fahmi berkata, setakat 24 Jun tahun ini, MCMC telah meminta 1,188,528 kandungan berbahaya di pelbagai platform media sosial diturunkan. Bagaimanapun, hanya 173,642 permintaan itu dipatuhi.

“Daripada jumlah ini, 51 peratus kandungan yang diturunkan adalah iklan perjudian dalam talian, manakala 24 peratus adalah penipuan dalam talian.

“Kami akan mengambil tindakan tegas untuk memastikan rakyat Malaysia tidak menjadi mangsa jenayah siber,” katanya.

Related Posts

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

KUALA LUMPUR – UMNO menyokong penuh keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, seperti yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberi kebebasan bersuara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor