Kem pelarian di tebing barat terus musnah – UNRWA

PENGARAH Hal Ehwal Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) bagi Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur, Roland Friedrich, memaklumkan bahawa kem pelarian di bahagian utara Tebing Barat terus menyaksikan kemusnahan berterusan.

Beliau berkata, biarpun terdapat gencatan senjata sementara antara Israel dan Iran, keadaan di Tebing Barat kekal tegang dan tidak menunjukkan sebarang perubahan positif.

“Sejak dua belas hari lalu, puluhan bangunan di kem Jenin, Tulkarm dan Nur Shams dimusnahkan. Malah, kemusnahan itu masih berlanjutan hingga kini,” katanya dalam satu kenyataan menerusi platform X, lapor WAFA.

Menurut beliau, tindakan pihak berkuasa Israel yang merobohkan rumah serta bangunan di kawasan itu menyebabkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal dan tidak sempat menyelamatkan barangan peribadi sebelum jentolak tiba.

“Dahulunya kawasan ini dipenuhi kehidupan. Kini ia hanya tinggal runtuhan. Ini bukan sekadar kemusnahan, tetapi satu bentuk pengusiran paksa secara sistematik, melanggar undang-undang antarabangsa dan merupakan bentuk hukuman kolektif,” tegasnya.

Friedrich turut menggesa supaya penduduk yang kehilangan tempat tinggal diberikan akses semula ke kediaman mereka tanpa sebarang kelewatan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa sekolah di bawah seliaan UNRWA kini sedang bersiap sedia untuk menerima pelajar bagi sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi, manakala pusat kesihatan agensi itu juga bersedia memberikan rawatan kepada penduduk.

“Komuniti pelarian Palestin perlu disokong untuk bangkit semula daripada kesan kemusnahan dan pengusiran ini, bagi membolehkan mereka membina semula kehidupan,” katanya.

Related Posts

Trump mula guna pendekatan sederhana terhadap Iran

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memberi isyarat bersedia membiarkan tekanan ekonomi ke atas Iran terus meningkat. Pendirian terkini Trump itu sekali gus dilihat peralihan daripada langkah mengarahkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

BANGKOK – Fosil dinosaur pemakan daging yang dipercayai berusia lebih 130 juta tahun ditemukan di Chaiyaphum, Thailand, sekali gus menjadi fosil dinosaur tertua pernah ditemui di wilayah itu. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis