Suspek buli pelajar junior dibuang dari MRSM

PUTRAJAYA – Enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di sebuah daerah di Terengganu, dibuang serta-merta selepas didapati terbabit dalam kejadian buli fizikal terhadap seorang pelajar Tingkatan Dua, baru-baru ini.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, tiada sebarang kompromi diberikan terhadap pelaku buli di mana-mana institusi pendidikan di bawah seliaan agensi itu.

“Semua enam pelajar MRSM di Terengganu yang didapati membuli secara fizikal diarahkan dibuang daripada maktab.

“Tiada kompromi atas apa jua alasan. #YouTouchYouGo,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tindakan tegas itu menyusul selepas laporan polis dibuat berhubung insiden buli melibatkan pelajar berusia 14 tahun yang mendakwa didera secara fizikal di asrama putera MRSM di Besut pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, lima suspek dikenal pasti dan pihaknya akan membuat permohonan reman terhadap pelajar terbabit.

Menurutnya, berdasarkan keterangan mangsa, dia diarahkan membuat kedudukan separa mencangkung sambil diletakkan selipar di atas kepala selama kira-kira 40 minit sekitar jam 11.30 malam hari kejadian.

“Mangsa juga mendakwa ditumbuk di bahagian perut dan ditampar di muka oleh beberapa pelajar Tingkatan Tiga,” katanya.

Tambahnya, kejadian itu disedari warden yang sedang bertugas sebelum mangsa dan suspek dibawa ke pejabat warden untuk tindakan lanjut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Related Posts

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

KUALA LUMPUR – Urusan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 boleh dilakukan secara dalam talian. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar