Tiada unsur rogol, pelajar universiti swasta di Cyberjaya mati dibunuh, disamun

SEPANG – Siasatan awal oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati punca kematian seorang pelajar universiti swasta di Cyberjaya, pada Selasa adalah akibat hentakan kuat di kepala.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, mangsa yang berusia 20 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mangsa yang ditemui pada jam 10.28 hari yang sama itu terdapat kesan kecederaan pada di bahagian kepala mangsa.

“Namun hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk di unit kediaman mangsa,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Dalam pada itu, Norhizam berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa di Hospital Serdang, pada Rabu mengesahkan tiada unsur rogol dalam kes pembunuhan tersebut.

“Tidak ada kecederaan yang menunjukkan unsur rogol. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Sehubungan itu, pihak polis menyeru orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan.

”Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Mohd Husny Hussien di talian 012-9307860 atau hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, mangsa yang berasal dari Kuching, Sarawak, ditemui mati oleh rakannya sekitar jam 10 pagi kelmarin dalam unit kediamannya di Cyberjaya.

Mangsa yang juga penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi, di sebuah universiti di Cyberjaya, menetap seorang diri selepas lima rakan serumahnya pulang bercuti sejak 21 Jun lalu.

Mangsa dijadualkan untuk menghadapi peperiksaan hari dia ditemui mati, di samping beberapa barangan berharga milik mangsa dilaporkan hilang disyaki dilarikan suspek.

Related Posts

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

PUTRAJAYA – Inisiatif bekerja dari rumah (BDR) yang dilaksanakan kerajaan sejak 15 April lalu berjaya mengurangkan penggunaan petrol RON95 dengan penjimatan subsidi mencecah RM4.22 juta bersamaan 2.14 juta liter setakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

BDR jimat subsidi petrol RON95 lebih RM4.22 juta

200,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Temburong

200,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Temburong

Buruh asing edar syabu dalam pondok ditahan polis

Buruh asing edar syabu dalam pondok ditahan polis

876 penduduk DUN Kabong ceria terima bakul makanan sempena Gawai

876 penduduk DUN Kabong ceria terima bakul makanan sempena Gawai

Rafizi kelompok ‘hanya dia yang betul’, pengunduran beri kelebihan kestabilan dalaman PKR

Rafizi kelompok ‘hanya dia yang betul’, pengunduran beri kelebihan kestabilan dalaman PKR

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN